Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Steven Spielberg Bakal Hasilkan Filem DC Berjudul Blackhawk


Selepas kerjasama mereka berjaya membuatkan filem Ready Player One sukses di layar perak, Steven Spielberg dan Amblin Entertainment sekali lagi bekerjasama dengan Warner Bros. Pictures untuk menerbitkan sebuah filem aksi penggembaraan berjudul Blackhawk, dengan Spielberg dijangka akan mengarahkan filem terbaru itu nanti.

Berita tersebut diumumkan sendiri oleh ‘bos’  Warner Bros. Pictures Group, Toby Emmerich baru-baru ini

“We are so proud to be the studio behind Steven Spielberg’s latest hit, and are thrilled to be working with him again on this new action adventure. We can’t wait to see what new ground he will break in introducing ‘Blackhawk’ to movie audiences worldwide.”

Skrip filem Blackhawk akan ditulis oleh David Koepp. Penulis skrip berkenaan telah beberapa kali berkolaborasi dengan Steven Spielberg dalam beberapa buah filem antaranya Jurassic Park, The Lost World: Jurassic Park, War of the Worlds dan Indiana Jones dan the Kingdom of the Crystal Skull. Spielberg akan menerbitkan filem ini bersama-sama Kristie Macosko Krieger, manakala Sue Kroll akan menjadi penerbit eksekutif.

Blackhawk merupakan siri komik ketenteraan yang diterbitkan oleh Quality Comic dari 1941 sehingga 1956 sebelum DC Comic membeli hakcipta komik tersebut dari Quality Comic. Ia mengisahkan sekumpulan juruterbang hebat dari pelbagai negara yang dikenali sebagai Blackhawk Squadron dan diketuai oleh individu misteri yang dikenali sebagai Blackhawk



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee