Steven Spielberg Akan Menghasilkan Filem Reboot ‘Jaws’ and ‘Back to the Future’

0
142
views
Best Director nominee Steven Spielberg arrives on the red carpet for the 85th Annual Academy Awards on February 24, 2013 in Hollywood, California. AFP PHOTO/FREDERIC J. BROWN (Photo credit should read FREDERIC J. BROWN/AFP/Getty Images)
BROWN/AFP/Getty Images

Setelah beberapa tahun syarikat produksi milik pengarah terkenal, Steven Spielberg, DreamWorks bekerjasama dengan Disney dalam mengedarkan filem keluaran produksi beliau, Spielberg memaklumkan bahawa kontrak kerjasama antara kedua-dua syarikat tersebut akan berakhir pada tahun hadapan.

Spielberg kini sedang mencari studio terbaru yang bakal mengedarkan filem-filem terbitan syarikat produksinya dan dikatakan syarikat edaran Universal bakal menjadi pilihan pengarah tersebut. Berita terbaru ini bakal menguatkan lagi khabar angin tentang penghasilan filem reboot Jaws dan  Back To The Future. 

Laman web THR melaporkan bahawa DreamWorks akan bekerjasama dengan pihak Universal selepas tayangan filem The BFG, projek terakhir DreamWorks yang diedarkan oleh Disney. Perjanjian antara kedua-dua syarikat itu bakal berakhir pada penghujung bulan Ogos 2016, menyebabkan Spielberg dan syarikatnya bebas untuk mencari mana-mana pengedar terbaru, berkemungkinan besar Universal menjadi pilihan mereka.

Spielberg adalah penerbit eksekutif untuk filem Jurassic World, filem ketiga tertinggi yang mengaut keuntungan Box Office sepanjang zaman dan menjadi penyumbang besar kantung keuntungan buat studio Universal.

jaws 1975

Walaupun penulis dan penerbit asal filem Back To The Future, Bob Gale mendiamkan diri mengenai potensi sekuel or reboot filem klasik sains fiksyen itu, tetapi apabila kerjasama antara Spielberg dan Universal dimeterai, sekuel atau reboot filem ini mungkin dapat dihasilkan memandangkan Universal turut memiliki hakcipta filem tersebut.

Begitu juga dengan filem Jaws (1975), yang mana pihak Universal masih memegang hakcipta filem dan Steven Spielberg merupakan pengarah filem thriller tersebut. Berkemungkinan kedua-dua pihak akan menghasilkan reboot filem thriller itu apabila bekerjasama dan menggandakan keuntungan kedua-dua syarikat seperti kejayaan penghasilan filem reboot Jurassic World

Walaupun Steven Spielberg masih mempunyai pilihan untuk memilih samada Paramount atau Warner Bros, Universal dilihat paling berpotensi dipilih untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here