Luke Skywalker Disahkan Jedi Terakhir Dalam Filem Star Wars: The Last Jedi

Sejak pihak LucasFilms mengumumkan tajuk filem Star Wars: The Last Jedi, banyak spekulasi mengenai siapakah Jedi yang terakhir dalam episod kelapan Star Wars Saga itu. Banyak peminat-peminat filem Star Wars mengeluarkan teori-teori mereka siapakah watak yang bakal menjadi pahlawan Jedi terakhir dalam filem perang galaksi paling popular ini.

Ada peminat beranggapan watak baru dalam filem Star Wars, Rey bakal menjadi Jedi terakhir dan ada juga beranggapan Luke adalah Jedi yang dimaksudkan. Malah, terdapat juga teori yang merujuk kepada Rey dan Luke adalah Jedi terakhir dimana Luke akan melatih Rey untuk menjadi Jedi, mewujudkan kembali Jedi Order dan seterusnya memerangi First Order.

Loading...

Namun, pengarah filem Rian Johnson telah mendedahkan rahsia disebalik tajuk filem Episode VIII itu semasa Star Wars Celebration 2017 yang berlangsung baru-baru ini. Johnson mendedahkan kepada umum yang Luke adalah Jedi terakhir

“It’s so funny when people started asking that when the title was announced because I never even pondered that question… In my mind its singular. They say in The Force Awakens that he’s gone on to find the last Jedi temple. Luke is the last Jedi.”

Kita kembali kepada filem terdahulu, semasa kematian Jedi Master Yoda, dia beranggapan Luke Skywalker adalah Jedi terakhir yang wujud dan bakal menghapuskan Dark Force, kemudian 30 tahun selepas event Return of Jedi, iaitu dalam filem The Force Awakens, Luke cuba menghidupkan kembali Jedi Order dengan mengambil pahlawan yang berpotensi menjadi Jedi, namun mereka semua telah dibunuh oleh salah seorang aprrentice mereka iaitu Kylo Ren.

Luke Skywalker adalah Jedi terakhir

Malah dalam “opening crawl” filem The Force Awakens, mereka ada merujuk kepada Luke sebagai Jedi terakhir. Berdasarkan dari kenyataan pengarah itu sendiri dan juga opening crawl The Force Awaken, tajuk The Last Jedi merujuk kepada Luke Skywalker, bukannya Rey. Ia lebih kurang sama seperti filem Return of The Jedi yang merujuk kepada kembalinya Anakin Skywalker (bukannya Luke Skywalker ataupun Jedi Order) sebagai seorang Jedi dan menyempurnakan takdirnya untuk membawa keseimbangan pada kuasa ‘Force’

Adakah Luke sanggup melatih Rey menjadi seorang Jedi?

Jadi dalam filem Star Wars: The Last Jedi akan datang nanti, kita akan melihat sisa-sisa perjuangan Luke Skywalker sebagai seorang Jedi di Galaksi. Adakah dia akan melatih Rey untuk menjadi seorang Jedi ataupun sebaliknya. Kita tunggu filem ini yang akan ditayangkan pada 14 Disember 2017

 

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *