Star Wars Episode VIII: The Last Jedi Review

0
885
views

*Amaran!! Review ini mengandungi minor spoiler*

Jika filem sebelum ini, Star Wars Episode VII: A Force Awakens dikatakan bosan dan slow pace, filem kali ini, Star Wars Episode VIII: The Last Jedi dilihat lebih bertenaga, penuh kejutan, dramatik dan aksi yang begitu mendebarkan. Bagi saya yang pernah menonton kesemua filem Star Wars Saga ini, saya meletakan filem arahan Rian Johnson ini dalam senarai paling atas senarai filem Star Wars paling menarik setakat ini. Jika diberi pilihan filem Star Wars yang mana paling menarik antara Rogue One dan A Force Awakens, sudah tentunya saya memilih Rogue One kerana perjalanan ceritanya yang menarik, berdramatik, ‘dark; dan aksinya yang sangat menarik. Tetapi selepas saya menonton The Last Jedi, saya terpaksa menyingkirkan Rogue One kerana filem kali ini melebihi dari apa yang ditunjukkan dalam Rogue One.

Pada mulanya saya khuatir, Rian Johnson akan mengulangi apa yang pernah dilakukan J.J. Abrams dalam filem A Force Awakens. Pada waktu itu saya sememangnya teruja selepas Lucasfilm mengumumkan filem ketujuh Star Wars itu, tetapi setelah menontonnya di panggung wayang pada hari pertama, saya keluar dengan sedikit kecewa apabila mendapati A Force Awakens banyak mengitar semula babak dan jalan cerita dari filem A New Hope. Mujur Rian Johnson tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pengarah filem Star Wars ketujuh itu dalam filem kali ini dengan menampilkan jalan cerita yang sangat luar biasa.

Sejujurnya saya ingin memberi pujian Rian Johnson dan barisan penulis lakonlayarnya berjaya memberikan satu jalan cerita yang cukup segar dan mendebarkan. Setiap babak dalam filem ini diisi dengan sempurna sehingga saya tidak menjumpai ‘flaw’ yang begitu ketara dalam perjalanan cerita The Last Jedi. Cuma diawal perjalanan filem dilihat agak ‘dragy’ sedikit terutamanya selepas Rey bertemu dengan Luke Skywalker. Selepas itu, graf perjalanan filem mula menaik sedikit demi sedikit sehinggalah Rey bertemu dengan Snoke, disitulah adrenalin mula melonjak sehingga ke penghujung filem.

Rian juga tidak menumpukan pada satu jalan cerita dalam filem The Last Jedi ini, selain menggambarkan perjalanan Rey dalam mempelajari ilmu Force dan memujuk Luke agar membantu The Resistance dan konflik antara dia dan Kylo Ren, pengarah filem Looper itu juga turut menyelitkan kisah yang terjadi di angkasa lepas. Beliau mencipta plot mengenai Finn, Poe dan Rose yang cuba membantu armada The Resistance melarikan diri dari dikejar oleh Amarda First Order. Disini kita lihat Rian memberi peluang kepada setiap karakter pembantu untuk beraksi dan memainkan peranan mereka. Berbeza dari filem-filem Star Wars sebelum ini, malah watak antagonis juga diberikan lebih masa untuk menunjukkan pewatakan mereka yang sebenar.

The Last Jedi boleh dikatakan sebuah filem Star Wars yang agak berat. Berat dari segi perjalanan cerita dan juga pada karakter-karakter The Last Jedi. Rian Johnson meletakkan satu permainan emosi pada watak yang boleh memberi kesan kepada penonton. Kesanggupan berkorban, amarah, sedih dan tegang berjaya diekpresikan dengan baik sehinggakan saya dapat menyelami perasaan yang sedang dirasai oleh karakter tersebut.

Dari segi karakter, boleh dikatakan setiap karakter utama dalam filem ini boleh dikatakan mempunyai konflik dalam diri mereka. Konflik inilah yang menyebabkan jalan cerita The Last Jedi agak ‘heavy’. Kita dapat melihat karakter Kylo Ren yang begitu tertekan disebabkan Snoke kehilangan kepercayaan kepadanya. Malah Kylo Ren juga berkonflik mengenai siapakah dirinya yang sebenar. Watak Rey lakonan Daisy Ridley juga mengalami transformasi yang cukup drastik kali ini. Dia begitu bersemangat mahu menewaskan First Order dan menjadi seorang Jedi. Tetapi dia juga perlu mencari identiti dan keturunannya serta keinginannya yang membuatkan dirinya diperdaya kearah ‘dark side’

Perwatakan Luke dilihat begitu berbeza dari filem-filem Star Wars sebelum ini. Wataknya telah dikembang ke satu tahap yang membuatkan penonton merasa sangat menakjubkan. Beliau bukan lagi seorang Jedi, tetapi lebih dari itu – lebih sempurana. Cuma wataknya terpalit satu sejarah hitam yang menghantui dirinya. Sejarah hitam itulah menyebabkan dia berbelah bahagi sama ada mahu menjadi guru kepada Rey atau pun tidak.

Dalam ketegangan dan konflik yang ditunjukkan dalam The Last Jedi, Rian Johnson sempat menyelitkan beberapa babak humor bagi meredakan adrenalin yang mengalir dalam darah penonton. Mark Hamill yang terkenal sebagai watak Joker beberapa kali membuat ‘body language’ dan dialog kelakar yang membuatkan penonton ketawa.

Babak-babak aksinya juga tidak mengecewakan. Pertempuran dogfight diantara juruterbang The Resistance dan First Order begitu mengasyikkan terutamanya aksi-aksi dogfight Poe Dameron. Diawal filem kita sudah dapat melihat pertembungan diantara The Resistance dan First Order. Pertempuran darat pula dilihat seperti mirip seperti Battle of Hoth dalam Star Wars: Empire Strike Back,  cuma bahagian pertempuran darat ini saya lebih memilih Rogue One yang lebih thrill dan aksi. Tetapi yang paling mencuri perhatian saya adalah ‘lightsaber battle’ diantara watak utama dan Pengawal peribadi Snoke yang mirip seperti Imperial Knight, sangat ‘intense’.

Secara keseluruhannya, Rian Johnson berjaya menghasilkan sebuah Episode Star Wars yang cukup menarik buat peminat filem Star Wars. Kehebatannya dalam mengolah dan merencana filem ini membuatkan saya yakin dengan pelantikan beliau sebagai individu yang akan merangka trilogi terbaru Star Wars akan datang. Jalan Cerita yang menarik, aksi yang begitu mendebarkan, karakter yang dikembangkan dengan begitu baik serta kejutan demi kejutan yang ditunjukkan menjadikan The Last Jedi adalah filem terbaik dalam Star Wars Saga – honestly..

*The Last Jedi adalah penampilan terakhir Carry Fisher sebagai Princess Leia / General Organa sebelum meninggal dunia

Rating Kakimuvee: 9/10

Star Wars: The Last Jedi

9

AKSI / DRAMA

9.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

9.0/10

PLOT / CERITA ASAL

8.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

10.0/10

KARAKTER

9.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here