Star Wars: Asal Usul Dan Maksud Disebalik Warna Lightsaber

0
40
views

Filem kelapan Star Wars Saga, The Last Jedi tinggal kurang 1 bulan sahaja lagi sebelum ia ditayangkan. Pastinya ramai peminat-peminat filem Star Wars tidak sabar menunggu filem berkenaan dan mengentahui apakah yang bakal terjadi pada Luke Skywalker dan siapakah Rey yang sebenarnya.

Sejak filem pertama dikeluarkan pada 1977, Star Wars telah mengumpul jutaan peminatnya baik yang sudah berusia mahupun yang masih muda. Namun terdapat satu tanda tanya dikalangan sesetengah peminat filem ini mengenai filem Star Wars. Persoalan yang dimaksudkan adalah warna yang terdapat pada pedang Lightsaber.

Seperti yang kita tahu, penjahat-penjahat dalam filem Star Wars akan menggunakan Lightsaber yang berwarna merah manakala Jedi akan menggunakan pedang Lightsaber yang berwarna biru dan hijau. Adakah ia memberi makna kepada si pemakai pedang Lightsaber? Adakah penjahat mesti menggunakan warna merah? Adakah Master Jedi mesti memakai pedang berwarna Hijau manakala Padawannya mesti menggunakan Lightsaber berwarna Biru?

Mari kita lihat rahsia disebalik warna yang terdapat pada pedang Lightsaber ini.

Dalam official canon Star Wars, terdapat tujuh warna Lightsaber dan menurut Lucasfilm, maksud setiap warna yang ada pada Lightsaber tidak pernah diterangkan dalam official canon Star Wars. Cuma mereka mengesahkan penggunaan Kyber Crystal yang berbeza untuk mencipta Lightsaber menentukan warna pada senjata Jedi yang paling elegen itu.

Dalam erti kata lain, sekirannya mereka menggunakan kristal Kyber berwarna Biru, maka warna Lightsaber adalah berwarna biru, jika mereka menggunakan Kristal berwarna hijau, maka warna Lightsaber akan berwarna hijau dan begitulah seterusnya.

Kristal Kyber boleh didapati di beberapa planet antaranya di Ilum dan Lothal. Bagaimanapun, sejak kekuasaan Empire dibawah pemerintahan Palpatine, kristal tersebut sukar didapati dan sesiapa yang mempunyai kuasa force tidak dapat memiliki kristal ini kerana sumbernya dikawal ketat oleh angkatan Empire. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk mencipta Lightsaber mereka sendiri. Namun selepas kejatuhan Empire, barulah kristal ini mudah didapati dan Luke Skywalker Tidak menghalang pelajar-pelajarnya mencari Kyber Kristal dan mencipta Lightsaber mereka sendiri (mungkin kita dapat lihat warna Lightsaber yang berbeza-beza dalam babak flashback filem Star Wars: The Last Jedi)

Adakah Personaliti seseorang Jedi mempengaruhi warna Lightsaber?

Mungkin ya ..mungkin tidak..(berdasarkan official canon Star Wars)

Terdapat satu tradisi Jedi yang digelarkan “The Gathering” dimana pelatih-pelatih muda Jedi atau padawan akan melalui satu cabaran untuk mengatasi ketakutan yang ada pada diri mereka. Cabaran ini yang akan menentukan samada mereka layak menjadi Jedi atau pun tidak. Dalam masa yang sama, mereka akan mencari Kyber Crystal mereka sendiri di planet Ilum diatas panduan The Force. Force akan menentukan Kyber Crystal mana yang sesuai untuk mereka dan selepas itu, padawan-padawan ini akan mencipta sendiri Lightsaber mereka berdasarkan Kyber Crystal yang telah ditentukan oleh  The Force. Kristal tersebut tidak akan menunjukkan apa-apa warna sehinggalah mereka berjaya menjadi Jedi, pada waktu itulah barulah warna Kristal tersebut akan muncul berdasarkan personaliti mereka – kebiasaannya warna yang akan muncul adalah warna Biru dan Hijau.

Namun terdapat kejadian yang jarang berlaku dimana warna kristal berbeza akan muncul dari yang disebutkan diatas, antaranya warna Ungu yang digunakan oleh Master Windu, Kuning untuk  Jedi Temple Guards, Darksaber yang berwarna hitam dan White Saber yang digunakan oleh Ahsoka Tano

Bagaimana pula Lightsaber merah? adakah personaliti jahat mereka mempengaruhi warna Kyber Crystal?

(point dibawah adalah campuran canon & legend Star Wars)

Jawapannya tidak .. kerana Lightsaber merah yang sering digunakan oleh Sith atau bekas jedi yang terjerumus ke arah Dark Side dicipta menggunakan synthetic Kyber crystals atau bahasa mudahnya, Kristal yang dicipta melalui proses campuran kimia oleh Sith. – Kristal ini sangat tidak stabil dan merbahaya, tetapi ianya sangat berkuasa berbanding kristal semulajadi yang digunakan oleh Jedi untuk mencipta Lightsaber mereka sendiri. Sith mencipta kristal ini disebabkan Kryber Crystals semulajadi mempunyai ‘lightside force’ dan akan menghalang Sith atau pengamal Darkside dari menggunakan Kyber Crystal ini.

Pernah sekali pengamal Dark Side mengunakan Kyber Crystal semulajadi  dalam pembuatan Lightsaber mereka. Mereka telah memaksa kristal tersebut dengan mnggunakan kuasa force serta keinginan jahat mereka. Walaupun berjaya, ia menyebabkan kristal tersebut ‘berdarah’ kerana dikuasai oleh darkforce. Ini menghasilkan Lightsaber yang berwarna merah disebabkan darah yang keluar dari kristal tersebut. Ashoka Tano pernah merampas Lightsaber ini dan ‘menyucikan’ pedang tersebut dari darkforce dan menukarnya menjadi Lightsaber putih kerana Kristal tersebut telah bebas dari cengkaman kuasa jahat.

Behind The Scene

Semasa filem Star Wars diterbitkan pada tahun 1977, hanya dua warna Lightsaber diperkenalkan iaitu warna biru yang digunakan oleh Obi Wan dan Luke Skywalker manakala Darth Vader menggunakan Lightsaber berwarna merah. Warna tersebut kekal sehinggalah filem Return of the Jedi dimana Lucas membuat keputusan untuk menambah warna hijau dalam koleksi warna Lightsaber dalam filem Star Wars. Tujuannya adalah untuk mengelakkan warna Lightsaber asal yang berwarna biru tenggelam dengan warna langit planet Tatooine yang juga merupakan warna biru.

Penggunaan warna merah pada pedang Lightsaber ini sebenarnya lebih kepada menunjukkan kepada penonton bahawa merah melambangkan kejahatan – Sinonim dengan warnanya. Inilah tujuan Lucas menggunakan warna tersebut dalam filem pertama dan seterusnya – Lightsaber merah khas untuk watak jahat.

Dalam Episode I, tiada warna Lightsaber lain diperkenalkan dan warna Biru, Hijau dan Merah kekal sehinggalah filem Attack of the Clones dimana Samuel L. Jackson membuat permintaan peribadi dimana ia mahukan Lightsaber berwarna Ungu disebabkan ia adalah warna kegemaran aktor tersebut dan juga memastikan aksinya semasa pertempuran beramai-ramai diantara Jedi dan tentera robot dapat dilihat penonton berdasarkan warna Lightsaber nya itu. – permintaan pelik aktor tersebut dipersetujui oleh Lucas, dan pengarah tersebut menambah Lightsaber berwarna kuning dalam babak Battle of Geonosis bagi mempelbagaikan senjata Lightsabar.

Seterusnya dalam siri animasi Star Wars: The Clone Wars, mereka menjadikan Lightsaber kuning sebagai senjata eksklusif Jedi Temple Guards.

7 Warna Lightsaber (Canon) dan siapakah penggunanya

Walaupun “Legend Material” memperkenalkan pelbagai warna Lightsaber, hanya 7 sahaja warna Lightsaber dalam versi Canon Star Wars iaitu;

Biru:

protection, consciousness and intellect. 

Warna standard Lightsaber Jedi. Biasa digunakan oleh pahlawan Jedi

pernah digunakan oleh Obi-Wan Kenobi dan Anakin Skywalker.

Hijau :

peace and harmony.

Warna standard kedua Lightsaber. Digunakan oleh Jedi Counselor, mempunyai kuasa Force yang cukup kuat.

pernah digunakan oleh Luke Skywalker, Qui-Gon Jinn, dan Yoda.

Merah:

Evil

Lightsaber untuk penjahat dalam siri Star Wars

Digunakan oleh Sith, Darth Vader, Darth Maul, Darth Sidious, Count Dooku, Inquisitors, dan Kylo Ren.

Ungu:

Tiada maksud tertentu – melainkan permintaan khas Samuel L. Jackson untuk menggunakan warna ini.

Lightsaber yang jarang sekali digunakan oleh Jedi. Mereka menggunakan kedua-dua teknik light dan darkside, serta sangat aggresif.

Master Windu, Sith yang berubah menjadi Jedi, Mara Jade Skywalker

Kuning:

defence and protection.

Lightsaber yang digunakan secara eksklusif oleh Jedi Temple Guards & juga digunakan oleh Jedi yang menjalankan aktiviti perisikan

Yarael Poof & Plo Koon

Putih :

Simbolik kepada pengasingan dari Jedi Order

Ahsoka Tano merupakan pengguna pertama Ligthsaber ini. Asalnya Lightsaber milik Ahsoka ini berwarna merah kerana dia merampasnya dari Sixth Brother. Dia ‘mencuci’ (purified) lightsaber ni dari Dark Force dan menjadikannya sebagai Lightsaber miliknya.

Hitam:

Maksudnya tidak diketahui

Hanya ada satu Darksaber – senjata purba Jedi yang dicuri oleh Mandalorians beratus tahun sebelum Clone Wars. Pernah digunakan oleh Darth Maul dalam Clone Wars sebelum ianya hilang kembali.

Sebenarnya banyak maksud mengenai warna-warna Lightsaber yang anda boleh rujuk apabila anda melakukan carian di Google, namun berdasarkan dari kenyataan Lucasfilm dan cara mereka memperkenalkan lightsaber dalam universe Star Wars, warna-warna ini asalnya diperkenal tidak lebih kepada memperkenalkan kepelbagaian warna-warna Lightsaber dalam filem mahupun medium hiburan yang lain. Tetapi selepas dunia Star Wars semakin berkembang, dan terdapat kepelbagaian watak, warna-warna ini  dapat dirumuskan berdasarkan personaliti watak yang menggunakan lightsaber tertentu- thanks kepada peminat-peminat kipas-susah-mati Star Wars yang mengorek rahsia disebalik warna Lightsaber.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here