Star-Lord Tiru Suara Thor Dalam TV Spot Terbaru Avengers: Infinity War

0
57
views

Lagi 10 hari sebelum kita dapat menyaksikan pertembungan hebat diantara superhero-superhero Marvel dan Thanos dalam filem yang paling dinantikan, Avengers: Infinity War. Terbaru, Marvel Studio telah melancarkan tv spot terbaru filem berkenaan yang menampilkan Thor dan Guardians of the Galaxy.

TV Spot kali ini memaparkan sedikit humor yang akan ada dalam filem Avengers: Infinity War, Star-lord dilihat telah meniru suara Thor sehingga menyebabkan ‘God of Thunder’ bengang dengan ketua Guardians of the Galaxy itu. Nampak Star Lord bukan sahaja menyebabkan Iron Man bengang, Thor turut dipermainkan olehnya. Anda boleh tonton tv spot dipemain video dibawah.

Avengers: Infinity War diarahkan oleh bekas pengarah filem Captain America: The Winter Soldier dan Captain America: Civil War, Anthony and Joe Russo. Antara bintang yang disahkan berlakon dalam filem ini adalah obert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Josh Brolin, dan Paul Rudd.

Nantikan tayangan filem Avengers: Infinity War pada 25 April 2018. 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here