Spin-Off Spider-Man, Morbius Kini Dapat Tarikh Tayangan

0
32
views

Filem spin-off Spider-Man, Morbius kini telah mendapat tarikh tayangannya iaitu pada 31 Julai 2020. Tarikh tersebut ditetapkan pihak Sony beberapa minggu selepas tarikh tayangan Ghostbuster. 

Perkembangan filem anti-hero itu tidak begitu banyak didedahkan. Setakat ini hanya dua pelakon sahaja yang sah membintanginya iaitu Jared Leto yang akan membawa watak utama, Michael Morbius serta pelakon siri Doctor Who, Matt Smith yang mana wataknya masih lagi tidak diketahui.

Skrip filem Morbius ditulis oleh Burk Sharpless dan Matt Sazama yang merupakan penulis filem Power Rangers yang diterbitkan pada 2017. Pengarah filem sains fiksyen Life, Daniel Espinosa akan mengarahkan filem ini.

Morbius pertama kali diperkenalkan dalam komik The Amazing Spider-Man #101 pada tahun 1971. Dr. Michael Morbius merupakan seorang pakar dalam bidang biokimia. Bagaimanapun dia terdedah pada darah dari kelawar vampir. Kesan daripada itu, dia bertukar menjadi individu yang dahagakan darah, dan mempunyai ciri-ciri serta abiliti seperti vampir. Morbius merupakan karakter antihero dan pernah menyertai beberapa kumpulan superhero seperti S.H.I.E.L.D., Legion of Monster, A.R.M.O.R dan Agents of Wakanda

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here