Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spin Off Obi-Wan Sah Akan Diterbitkan Tidak Lama Lagi


Khabar angin mengenai filem Spin-off Han Solo kini bertukar menjadi berita rasmi apabila Lucasfilm mengesahkan akan menerbitkan filem mengenai guru kepada Anakin dan Luke Skywalker, Obi Wan tidak lama lagi.

Menurut laporan The Hollywood Reporter filem berkenaan akan diarahkan pengarah Stephen Daldry (The ReaderThe HoursBilly Elliot). Sebelum ini Lucasfilm dan Disney telah berunding sebanyak tiga kali dengan pengarah tersebut sebelum Daldry bersetuju untuk mengisi kerusi pengarah filem Obi Wan.

Filem Obi Wan masih diperingkat awal malah skrip untuk filem tersebut masih belum dihasilkan.

Buat masa ini belum dipastikan sama ada Ewan McGregor akan menjadi pelakon watak Obi Wan seperti dalam filem Star Wars: Episode I,II dan III. 

Filem Obi Wan akan menjadi filem spin off ketiga dalam Star Wars Saga selepas filem Rouge One: A Star Wars Story dan filem Han Solo. Kami akan bawakan perkembangan terbaru filem ini kepada anda.



Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee