Spielberg & Leonardo DiCaprio Mungkin Akan Bergabung Kembali Untuk Filem Biopik Ulysses S. Grant

0
61
views

Pemenang anugerah Akademi, Leonardo DiCaprio dan pengarah Steven Spielberg dilaporkan kini sedang berbincang untuk bekerjasama dalam sebuah filem biopik terbaru yang mengisahkan tentang jeneral tentera Union iaitu Ulysses S. Grant semasa perang saudara Amerika.

Jika perbincangan berhasil, ini merupakan kerjasama mereka yang pertama sejak 15 tahun lalu dimana kedua-dua mereka telah bekerjasama dalam filem biograpfi komedi berjudul Catch Me If You Can. 

Filem biopik ini akan diterbitkan oleh studio Lionsgate dan Appian Way dengan penulis skrip filem Robin Hood, David James Kelly akan bertindak selaku penulis skrip filem ini.

Selepas mengarahkan filem The Post dan Ready Player One, Steven Spielberg mungkin akan mengarahkan filem kelima Indiana Jones dan filem adaptasi berjudul West Side Story, bagaimanapun menurut laporan dari Deadline, filem biopik ini akan menjadi keutamaan pengarah tersebut.

Sumber: Deadline

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here