Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man Homecoming: Pakcik Miles Morales Dan Peppers Pots Sah Berada Dalam Filem MCU Spider-Man


Aaron Davis atau juga dikenali sebagai Prowler disahkan turut berada dalam senarai watak-watak dalam filem Marvel Cinematic Universe (MCU) akan datang, Spider-Man: Homecoming. Prowler merupakan penjenayah kelas rendah merupakan pakcik kepada hero Spider-Man baru (Selepas Peter Parker), Miles Morales.

Dalam Earth-1610 komik Marvel, Aaron dan bapa Miles merupakan penjenayah kelas bawahan. Aaron dikatakan telah menceroboh masuk ke Oscorps Corps. menyebabkan salah satu labah-labah radioaktif telah masuk kedalam beg Aaron dan kemudiannya telah mengigit Miles Morales sehingga dia terdedah kepada kesan gigitan labah-labah tersebut yang mendorong dia mendapat kuasa seperti Peter Parker dan menjadi Spider-Man baru.

Watak Aaron Davis dalam filem Homecoming akan dibawa oleh pelakon Donald Glover. Sebelum itu, semasa Andrew Garfield dipilih membawakan watak Peter Parker dalam Amazing Spider-Man, Donald Glover telah dilobi oleh peminat-peminat Spider-Man untuk membawakan watak Miles Morales selepas dia membawa suara Spider-man dalam filem animasi Ultimate Spider-Man: Web Warriors. 

Sementara itu, Gwyneth Paltrow kembali dalam dunia MCU dengan membawa watak cameo Peppers Pots, love interest Tony Stark aka Iron Man. Gwyneth Paltrow sebelum ini pernah muncul dalam filem Iron Man, Iron Man 2, The Avengers, Iron Man 3 dan cameo dialog dalam Age of Ultron.

Kemunculan Peppers Pots pasti akan memainkan impak besar buat Tony Stark mahupun dalam filem Homecoming itu sendiri memandangkan dia boleh memberi pengaruh besar kepada bekas cintanya itu iaitu Tony Stark.


Jadi dengan kemunculan dua watak menarik ini pasti Homecoming akan menjadi batu loncatan untuk MCU membuat perubahan besar dalam menuju ke Fasa 4 mereka tidak lama lagi. Dengan pemilikan sementara MCU terhadap karakter Spider-Man Peter Parker dari Sony Pictures membuatkan mereka bersedia untuk menggantikan Peter Parker dengan Miles Morales (Siapa tahukan..).

Manakala tujuan kemunculan Peppers Pots dalam filem Homecoming mungkin untuk membina kembali hubungan diantara watak tersebut dan Tony Stark


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee