Spice Girls Mahu Bikin Filem Animasi Superhero Mereka Sendiri

0
296
views

Spice Girl merupakan antara artis berkumpulan dari UK yang sangat popular pada era 90-an. Selepas beberapa kali berpecah dan bersatu, Spice Girl membuat keputusan yang kembali bergabung pada Mac yang lalu.

Malah salah seorang anggota mereka, Emma Burton turut mengesahkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat filem superhero animasi mereka sendiri.

Spice Girls dikatakan akan tampil versi kartun yang mana mereka sebagai pahlawan dan masing-masing dengan ‘kuasa wanita yang unik’.

Dalam temu bual dengan rancangan TV Britain ‘This Morning’, Emma memberitahu hos Holly Willoughby dan Phillip Schofield bahawa filem itu antara perkara yang mereka bincangkan.

Menurut portal Variety, filem berkenaan akan memberi tumpuan kepada mesej feminis ‘kuasa wanita’ dan membangkitkan slogan 1990 terkenal mereka untuk generasi baru.

Ini bukan pertama kali Spice Girls melibatkan diri dalam dunia perfileman. Pada tahun 1997, mereka semua pernah berlakon dalam filem arahan Bob Spiers berjudul Spice World. Filem berkenaan dianggap sukses dari segi kewangan tapi dikritik teruk oleh para pengkritik sehingga ia dicalonkan dalam Golden Raspberry Awards pada tahun 1999.

Selain Emma, Spice Girls dianggotai oleh Victoria Becham, Melanie Chisholm, Geri Halliwell, dan Melanie Brown.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here