Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spectre Catat Kutipan USD73Juta Dalam Tempoh 2 Minggu Tayangan


spectre daniel craig

Filem Bond terakhir Daniel Craig, Spectre dikatakan telah meraih perhatian masyarakat Amerika Syarikat apabila ia berjaya meraih kutipan sehingga USD73 juta menerusi tayangan di 3,972 panggung wayang.

Filem arahan Sam Mendes ini sekali gus menjadikan filem kedua James Bond yang mendapat kutipan tertinggi selepas filem Skyfall (2012) yang telah mendapat kutipan tertinggi iaitu sebanyak USD88.4 juta dan diikuti Quantum Of Solace iaitu USD67.5 juta pada tahun 2008.

Manakala di England pula, filem yang dibintangi Daniel Craig ini juga turut mencatat rekod box office sebanyak 41.7juta pound.

Ternyata kritikan daripada pengkritik filem yang menganggap Spectre terlalu meleret-leret, tidak logik dan hero yang sukar untuk ditewaskan tidak menghalang peminat-peminat James Bond menyaksikan karya berkenaan.

Spectre mengisahkan misi James Bond menghadapi organisasi jahat bernama Spectre.



Related posts

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

‘No Time To Die’ Menjadi Filem Paling Laris Tahun 2021… Setakat Ini

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Sekuel Knives Out Kini Dalam Pembangunan, Daniel Craig Bakal Kembali Meneruska Watak Benoit Blanc

Kakimuvee

Daniel Craig Kembali Bawakan Watak Bond Dalam Filem Terbaru

Is Mohd