Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sony Tukar Rating Venom Dari ‘R-Rated’ Ke PG-13


Studio Sony dilaporkan akan menukar rating filem anti-hero mereka iaitu Venom dari ‘R-rated’ kepada PG-13. Tujuan kerana jika filem tersebut diberi rating ‘R’, ia akan menghalang sebarang sekuel dari dihasilkan dan juga interaksi dengan karakter-karakter Marvel yang lebih ‘mesra-keluarga’ seperti Spider-Man dan lain-lain lagi.

Keputusan yang dibuat oleh studio berkenaan pasti akan mengecewakan peminat-peminat Venom yang tidak sabar menonton sebuah lagi filem Marvel yang diberi rating ‘R’ selepas Logan dan Deadpool. 

Venom diarahkan Ruben Fleischer manakala skrip ditulis oleh Scott Rosenberg & Jeff Pinkner. Filem ini mengisahkan tentang Eddie Brock (lakonan Tom Hardy) yang akan berhadapan dengan penjahat Life Foundation yang diketuai oleh Dr. Ashley Kafka dan juga beberapa symbiote.

Selain Tom Hardy, filem ini juga turut dibintangi Jenny Slate, Michelle Williams dan Riz Ahmed sebagai Dr. Ashley Kafka. Venom bakal menemui penonton pada 5 Oktober 2018.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee