Song Ji Hyo Bintangi Drama Absolute Boyfriend Versi Korea

0
354
views

Drama popular Jepun yang berjudul Absolute Boyfriend akan dihasilkan semula dalam versi Korea dengan bintang terkenal, Song Ji Hyo disebut-sebut bakalmembintan gi drama terbaru Korea itu.

Menurut agensi Song Ji Hyo iaitu MY Company, mereka mengesahkan aktres tersebut telah menerima tawaran untuk membintangi drama ‘Romantic Comedy King’ (working title) dan sedang meneliti tawaran tersebut sama ada untuk menerimanya ataupun tidak. Song Ji Hyo telah ditawarkan watak utama untuk membintangi filem remake itu.

Romantic Comedy King merupakan ‘remake’ dari drama popular Jepun, Absolute Boyfriend yang mana ia berdasarkan dari siri manga karya Watase Yuu. Ia berkisarkan mengenai jurusolek artis untuk kesan khas Da Da yang hatinya tertutup selepas terluka daripada putus cinta, Young Goo, robot manusia yang mempunyai hati yang baik, dan selebriti popular Ma Wang Jun.

Selain Korea, Absolute Boyfriend juga pernah dihasilkan semula dalam versi Taiwan.

Drama terbaru Korea itu diarahkan oleh Jung Jung Hwa, dan ditulis oleh Yang Hyuk Moon. Dijangkakan ia akan bersiaran pada suku kedua 2018.

Sumber: Cinema Online, soompi.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here