Sonam Kapoor Pertahankan Wataknya Dalam Filem Veere Di Wedding

0
52
views

Aktres jelita Sonam Kapoor telah tampil mempertahankan hubungan persahabatan wanita yang ditonjolkan dalam filem “Veere Di Wedding”, selepas dikritik hebat apabila dikatakan seperti merendahkan martabat wanita.

Menurut Sonam, watak yang ditampilkan dalam filem tersebut bukanlah rekaan semata-mata, sebaliknya golongan wanita yang kaki minum, gemar mencarut dan aktif dengan seks sebelum berkahwin sememangnya wujud dalam dunia realiti.

“Saya tidak rasa ia akan menjadi isu sekiranya watak tersebut dibawa oleh lelaki yang kaki minum, merokok, mencarut dan aktif dengan kehidupan seks. Adakah ia akan menjatuhkan martabat lelaki?” soal Sonam yang dipetik dari Bollywood.com.

Tambahnya lagi, percaya atau tidak ramai golongan wanita ketika ini yang melakukan perkara sedemikian.

“Ramai golongan wanita moden menjalani gaya hidup seperti ini, kami mencarut, kami minum dan kami juga aktif dalam hubungan seks. Kami tidak menunggu sehingga kami berkahwin,” tambahnya.

Selain Sonam, filem arahan Shashanka Ghosh ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Kareena Kapoor, Swara Bhaskar, Shikha Talsania dan ramai lagi.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 1 Jun ini.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here