Solo: A Star Wars Story, Tajuk Rasmi Filem Spin-off Han Solo

Akhirnya, filem spin-off Han Solo telah mendapat tajuk rasmi filem berkenaan. Solo: A Star Wars Story telah dijadikan tajuk rasmi filem spin-off Star Wars yang menceritakan kisah pengembaraan salah seorang karakter popular Star Wars iaitu Han Solo. Selepas begitu lama tidak mendedahkan tajuk filem berkenaan, pengarah Ron Howard mengumumkan tajuk filem arahannya itu dilaman Twitter beliau sejurus penggambaran filem tersebut berakhir.

Anda boleh tonton video pengumuman tajuk rasmi Han Solo pada video dibawah:-

Loading...

Filem spin-off Star Wars ini dibintangi oleh Alden Ehrenreich yang akan membawakan watak Han Solo, Donald Glover sebagai Lando Calrissian, Joonas Suotamo sebagai Chewbacca, Woody Harrelson sebagai mentor kepada Han Solo manakala watak-watak yang dilakonkan Emilia Clarke, Thandie Newtonn dan  Phoebe Waller-Bridge tidak didedahkan kepada umum.

Ron Howard mengambilalih tempat pengarahan yang ditinggalkan oleh Phil Lord dan Christopher Miller selepas kedua-dua pengarah terbabit dipecat oleh Lucasfilm.

Solo: Star Wars Story akan mengisahkan pengembaraan Han Solo, Chewbacca dan rakannya Lando Calrissian. Filem spin-off kedua ini ini di’set’ sebelum event Wars: Episode IV — A New Hope

Solo: A Star Wars Story akan memulakan tayangannya pada 25 May 2018

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *