Solo Raih $148 Juta Dolar Seluruh Dunia, Kutipan Avengers: Infinity War Kini Mencecah $1.9 Billion

0
98
views

Filem Solo: A Star Wars Story berjaya meraih $148 juta dolar seluruh dunia dengan kutipan domestik US mencatatkan kutipan sebanyak $83.3 juta manakala kutipan antarabangsa sebanyak $65 juta dolar. Prestasi kutipan tiket filem ini bagaimanapun agak mengecewakan apabila gagal untuk menepati ramalan meraih kutipan domestik US sekitar $130 juta hingga $150 juta. Malah filem ini juga merupakan filem Star Wars paling rendah kutipan domestik US pada minggu pertama.

Solo: A Star Wars Story dibintangi oleh Alden Ehrenreich, Donald Glover, Joonas Suotamo. Woody Harrelson Emilia Clarke, Thandie Newton, Paul Bettany, dan Phoebe Waller-Bridg. Ron Howard mengarahkan filem ini.

Filem terbitan 20th Century Fox, Deadpool 2 telah menambah $54.5 juta dolar untuk pasaran domestik dan $57 untuk pasaran antarabangsa menjadikan jumlah terkumpul kutipan filem berkenaan kini mencecah $498.9 juta. Deadpool 2 diarahkan oleh David Leitch dan dibintangi oleh Ryan Reynolds, Josh Brolin, Morena Baccarin, Julian Dennison, Zazie Beetz, T.J. Miller, Brianna Hildebrand, dan Jack Kesy.

Avengers: Infinity War terus menambah kantung kutipan tiket apabila menambah $20.1 juta dolar untuk pasaran domestik US dan $32.5 juta untuk pasaran antarabangsan menjadikan jumlah terkumpul filem berkenaan kini mencecah $1.9 billion. Kutipan ini menjadikan filem Avengers: Infinity War menjadi filem paling laris Marvel Cinematic Universe.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here