Solo: A Star Wars Story Review

0
130
views

Selain Luke Skywalker dan Darth Vader, Han Solo juga merupakan antara karakter Star Wars yang paling saya gemari. Karakternya yang cool dan macho, lebih-lebih lagi ia dilakonkan oleh aktor yang juga saya gemari iaitu Harrison Ford menyebabkan saya mengemari karakter Han Solo. Jadi apabila Lucasfilm membuat keputusan untuk menghasilkan filem spinoff mengenai karakter tersebut, ia telah membuatkan saya meletakkan filem Solo: A Star Wars Story antara filem yang wajib untuk saya tonton tahun ini.

Ditetapkan diantara filem Revenge of the Sith dan A New Hope, Solo: A Star Wars Story membawa penonton melihat kisah ‘origin’ Han Solo sebelum beliau menjadi penyeludup terhebat galaksi dan lagenda dikalangan Rebellion. Dalam filem ini ia menujukkan bagaimana Han (Alden Ehrenreich) bertemu bakal sahabat baiknya, Chewbacca dan mula terlibat dalam dunia jenayah dan penyeludupan dengan menyertai krew Beckett (Woody Harrelson) melakukan rompakan keretapi untuk mencuri sel tenaga milik Galactic Empire. Filem ini juga turut mendedahkan cinta pertama Han iaitu Qi’ra (Emilia Clarke) dan juga bagaimana Han mendapatkan Millennium Falcon dari bakal rakan baiknya, Lando Calrissian (Donald Glover).

Bagi pengemar filem-filem Star War, Solo: A Star Wars Story mungkin bukanlah sebuah yang filem hebat, tetapi ia masih mempunyai keunikkannya yang tersendiri yang mungkin akan membuatkan anda mengingati filem ini. Aksinya tidak sehebat Rogue One dan The Last Jedi, jalan ceritanya mungkin tidak sehebat 3 filem awal Star Wars arahan George Lucas, tetapi bagi saya, filem Solo benar-benar membuatkan saya terhibur, terutamanya yang melibatkan babak-babak ‘heist’ terutamanya babak yang melibatkan rompakan keretapi laju milik Galactic Empire oleh Han dan krew Beckett. Mungkin disebabkan skop filem hanya tertumpu kepada watak Han dan rakan-rakannya, kita tidak dapat menyaksikan aksi-aksi yang lebih besar seperti filem-filem Star Wars yang lain. Jujur saya katakan, yang saya sebenarnya tidak mengharapkan lebih aksi, memandangkan pihak produksi sebelum ini pernah memberitahu, Solo: A Star Wars Story lebih kepada filem yang bertemakan rompakan. Jadi saya harapkan babak rompakan yang menarik – dan saya sangat berpuashati!

Kualiti lakonan para pelakon dan pembangunan karakter adalah ‘point’ yang menguatkan filem Solo: A Star Wars Story. Alden Ehrenreich memberikan satu prestasi yang cukup mengagumkan, beliau berjaya membawa karakter Han Solo sehebat Harrison Ford baik dari segi dialog, mimik muka dan gerak badannya – lihat cara aktor ini mengacukan pistolnya, sama seperti gaya Harrison Ford. Kudos juga kepada Donald Glover yang berjaya membawa watak Lando dengan hebat dan mengoda, walaupun watak tersebut tidak diberikan ‘screentime’ yang banyak. Karakter Lando bagi saya sangat ‘well-developed’ dalam tempoh masa yang singkat. Begitu juga Emilia Clarke, walaupun watak Qi’ra hanya benar-benar menonjol dipenghujung filem, tetapi aktres tersebut masih memberi satu lakonan memukau kepada penonton dan nyata, wataknya tidak disia-siakan.

Plot filemnya juga mudah difahami, ‘straight foward’, tidak terlampau ‘draggy’ serta boleh dijangka – Walaubagaimanapun, beberapa elemen twist dan kejutan diberikan oleh pengarah terutamannya dipenghujung filem. Bagi yang pernah menonton filem The Phantom Menace, pasti anda akan terkejut dengan apa yang dipaparkan di dalam filem ini. Selain itu juga, babak-babak romantik diantara Han dan Qi’ra juga turut diselitkan – tetapi babak tersebut tidaklah begitu ketara sehingga mengganggu fokus filem ini.

Meskinpun tidak sehebat filem-filem Star Wars yang lain, Solo: A Star Wars Story masih sebuah filem yang cukup menghiburkan. Sebagai sebuah filem bertemakan rompakan, saya yakin peminat mesti mahu melihat lebih banyak aksi Han Solo bersama Chewbacca dalam melakukan jenayah mereka diserata galaksi. Jadi saya berharap, filem Solo akan mempunyai sekuel dimasa hadapan.

Rating Kakimuvee: 8/10

Solo: A Star Wars Story

0.00
8

AKSI / ROMPAKAN

8.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.0/10

PLOT / CERITA ASAL

7.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

9.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here