Solo: A Star Wars Story Bakal Saksikan Kemunculan Semula Karakter Popular Franchise Star Wars?

0
219
views

Filem spin off terbaru Star Wars yang berjudul Solo: A Star Wars Story bakal menyaksikan kemunculan semula watak popular Star Wars suatu ketika dahulu. Watak yang dimaksudkan adalah Jabba the Hutt.

Kemunculan karakter sebut didedahkan sendiri oleh dari sumber yang dekat dengan produksi filem berkenaan. Bagaimanapun, berita tersebut dianggap khabar angin kerana ia belum disahkan oleh Lucasfilms.

Jabba the Hutt telah muncul dalam empat filem Star Wars iaitu Star Wars Episode 1: The Phantom Menace, Star Wars: A New Hope, Star Wars: Return of Jedi dan filem animasi Star Wars: The Clone Wars.

Jabba the Hutt merupakan salah satu karakter villain dalam franchise Star Wars dan merupakan musuh kepada Han Solo. Wataknya dimatikan dalam filem Star Wars: Return of Jedi selepas dibunuh oleh Princes Leia semasa Luke Skywalker dan rakan-rakannya cuba membebaskan Han Solo yang ditahan oleh ketua puak jahat itu.

Sama ada karakter tersebut akan muncul dalam filem Solo: A Star Wars Story, penonton perlu menunggu sehingga tarikh tayangan filem tersebut iaitu pada 23 Mei ini.

Sumber: Astroawani.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here