Solo: A Star Wars Story Bakal Flop?

0
85
views

Selepas beberapa hari ditayangkan diseluruh dunia, Solo: A Star Wars Story dilihat semakin sukar untuk meraih kutipan seperti yang diharapkan. Filem ‘standalone’ kedua Star Wars ini pada mula dijangka akan mengutip sekitar $130-$150 juta dolar pada minggu pertama, tetapi sehingga hari ketiga tayangan, filem ini hanya mampu mengutip $80 sehingga $90 juta dolar sahaja.

Kini pemerhati menjangkakan, filem ini hanya mampu meraih $105 hingga $110 juta sahaja pada minggu pertama selepas melihat prestasi 3 hari pertama tayangan, jauh dari apa yang diramalkan. Agak mengecewakan sebenar bagi sebuah filem Star Wars lebih-lebih lagi ia melibatkan karakter yang popular.

Pada awalnya, filem ini tidak memerlukan budget yang begitu besar, tetapi selepas pengunduran Phil Lord dan Christopher Miller, budget pembikinan filem menjadi begitu besar selepas beberapa siri ‘reshoot’ dilakukan oleh pengarah baru, Ron Howard. Dengan kos pembikinan sebanyak $250 juta dolar, ia menjadi filem ini antara filem Star Wars paling mahal pernah dihasilkan.

Pada hari pertama tayangan sahaja, filem ini gagal untuk menyaingi kutipan filem ‘standalone’ apabila hanya mampu mengutip $14.1 juta dolar sahaja, berbanding Rogue One yang berjaya mengutip $29 juta dolar pada 2016. Malah pasaran luar turut gagal membantu kutipan tiket filem ini apabila hanya mampu mengutip $11.4 juta di 49 buah negara.

Antara faktor yang dikatakan menyumbang kepada kegagalan filem ini untuk meraih kutipan yang diharapkan adalah kurangnya promosi terhadap filem terbaru ini.

Apapun, Lucasfilm mesti membuat sesuatu agar prestasi kutipan filem ini pada minggu seterusnya dapat dipertingkatkan agar ia tidak menjadi filem pertama Star Wars yang gagal.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here