Siri TV John Wick, The Continental Akan Di Hasilkan

0
477
views

President dan CEO Starz, Chris Albrecht mengumumkan Starz dan Lionsgate sedang bekerjasama menghasilkan siri tv dari franchise popular John Wick. Siri televisyen berjudul The Continental itu akan fokus pada aktiviti hotel Continental yang menjadi tempat persembunyian dan tempat bantuan untuk pembunuh upahan.

Penerbit dan penulis,  Chris Collins akan bertindak selaku penulis siri televisyen ini  dan juga ‘showrunner’. Individu-individu penting dalam filem John Wick antaranya Basil Iwanyk, pengarah filem John Wick 2, Chad Stahelski, penulis Derek Kolstad, David Leitch pengarah Deadpool 2 yang juga penolong pengarah John Wick dan Keanu Reeves bertindak selaku penerbit eksekutif.

Chad Stahelski akan mengarahkan episod pertama siri ini.

Chris Collins menjelaskan John Wick Universe akan dikembangkan menerusi siri televisyen ini dan memberi fokus kepada perjalanan aktiviti Hotel Continental. Mereka didalam hotel tersebut akan memberi perkhidmatan kepada pembunuh upahan yang menginap di Hotel mereka.

President Starz memberi jaminan bahawa siri televisyen The Continental akan sehebat John Wick dengan menampilkan aksi lawan dan juga babak-babak tembak menembak diantara profesional assassin dan sasaran mereka.

’The Continental’ promises to include the thunderous fight sequences and intensely staged shootouts between professional assassins and their targets that fans have come to expect in the John Wick movie franchise as well as introducing some new, darkly compelling characters who inhabit this underground world.”

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here