Siri Seram Ghoul Terbitan Blumhouse Akan Bersiaran Di Platform Netflix Ogos Ini.

0
39
views

Netflix dan Blumhouse telah mengumumkan pelancaran siri seram terbaru mereka berjudul Ghoul ke seluruh dunia menerusi plaform streaming pada 24 Ogos ini. Siri asal dari India ini akan mengandungi 3 episod dan diterbitkan oleh Blumhouse, Ivanhoe Pictures, dan Phantom Films.

Ghoul dibintangi oleh Radhika Apte dan Manav Kaul manakala pengarahnya adalah Simran Sethi, pengarah untuk siri antarabangsa Netflix.

Siri ini mengisahkan tentang seorang banduan yang tiba di sebuah pusat soal siasat tentera yang terletak dikawasan pedalaman. Semasa disoal siasat, banduan tersebut telah mendedahkan rahsia paling memalukan mereka

Trailer mini siri ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Poster siri Netflix Ghoul
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here