Shukri Yahaya Mahu Ubah Presepsi Penonton Menerusi Filem Surf This Love

0
413
views

Pelakon filem Surf This Love, Shukri Yahaya mengakui sudah bosan menjayakan watak lelaki berpangkat atau lelaki romantis dalam naskhah lakonannya dan mahu ubah persepsi ramai.

Jadi bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menerima tawaran untuk membintangi filem tempatan akan datang berjudul Surf This Love dengan membawa watak sebagai seorang budak pantai. Berkata kepada BH Online, beliau mendedahkan terpaksa memerlukan khidmat pakar dalam menjayakan watak yang perlu mahir bermain papan luncur.

“Sepanjang tiga minggu penggambaran saya melalui banyak pengalaman baru terutamanya dalam menonjolkan sisi pemain papan luncur bernama Billy yang lincah melawan ombak. 

“Boleh dikatakan banyak babak di tepi pantai, termasuk seminggu di Bali. Walaupun menggunakan khidmat pakar, saya yang pertama kali diperkenalkan dengan sukan luncur air masih perlu belajar,

Tambah pelakon berusia 30 tahun itu lagi, ketika penggambaran berlangsung, banyak cabaran yang dihadapinya seperti wajah terbakar kerana panas mentari, kecederaan akibat terkena batu karang, dan juga terjatuh dalam paya.

Biarpun berdepan cabaran dan kecederaan, namun ia tidak mematahkan semangatnya langsung untuk terus memberikan yang terbaik dengan mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.

Dalam filem arahan Wan Mohd Hafiz Wan Hussain ini, ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Datuk Farid Kamil, Ardell Aryana, Beto Kusyairi dan Mustakim Bahadom.

Filem Surf This Love bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 22 Februari ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here