Sherina Praktikan Pengalaman Wushu Dalam Filem Wiro Sableng

0
79
views

Pelakon Sherina Munaf memberitahu dia menggunakan pengalamannya dalam seni mempertahankan diri Wushu untuk beraksi dalam filem terbarunya berjudul Wiro Sableng selepas ditawarkan oleh penerbitnya, iaitu Lala Timothy.

Menurut Sherina, dia sangat tertarik dengan jalan cerita filem Wiro Sableng ini dan dengan kemampuannya untuk melakukan babak aksi, ia membuatkannya lebih teruja untuk membintangi filem itu sebagai Anggini.

“Jalan cerita filem ini sangat menarik. Saya menonton ketika masih kecil, dan walaupun hanya ingat sedikit sahaja, tetapi saya tetap ingat bagaimana rupa Wiro. 

“Peluang menarik seperti ini membolehkan saya belajar ‘story telling’ dan cara penggambaran filem aksi. Saya pernah belajar Wushu sebelum ini dan saya memasang impian untuk mencuba sesuatu baru yang pernah saya pelajari,” ujarnya yang dipetik dari Wowkeren. 

Bercerita lanjut mengenai wataknya sebagai Anggini, dia seorang wanita seni mempertahankan diri yang kuat dan kental.

Watak Anggini juga merupakan kekasih kepada watak utama iaitu Wiro yang dibawa oleh Vino Bastian.

Dalam pada itu, Sherina memberitahu walaupun dia sudah biasa berlakon dan mempunyai asas seni mempertahankan diri Wushu, namun dia tetap perlu bekerja keras untuk filem ini berikutan dia tidak mempunyai pengalaman dalam menjayakan babak pertarungan.

Disebalik cabaran dan keperluan bekerja keras, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya dia sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat hasil apabila filem ini siap kelak.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here