Shaheizy Sam Tayang Badan Sasanya Dalam Filem Polis Evo

0
548
views

Shaheizy Sam Sasa

Aktor terkenal, Shaheizy Sam menganggap isu tayang badan sasanya dalam filem Polis Evo sebagai bukan satu masalah yang perlu diperbesarkan. Baginya apa yang lebih penting ialah filem itu yang akan menemui penonton mulai 17 September di pawagam berhampiran disifatkan sebagai sebuah filem yang mampu pecah panggung.

Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 itu telah diminta untuk mengulas mengenai treler filem berkenaan yang turut menayangkan susuk badan sasanya sekali gus menyerlahkan aura seksinya. Babak dalam treler itu pastinya dilihat seperti pelaris filem itu.

“Filem ini memang saya kerja kuat untuk menyerlah sisi polis sebagai individu yang layak dilihat sebagai hero sekali gus meletakkan kepercayaan tinggi kepada penonton yang bakal datang menonton. Sebab itu saya buat senaman untuk mendapatkan badan sasa. Saya dapatkan bentuk badan sasa itu dalam tempoh lima bulan dari April hingga September tahun lalu. Saya memang berusaha sehabis baik bagi mencapai matlamat itu.”

“Mengenai treler yang menayangkan badan saya itu, ia kerja produksi. Saya yakin produksi arif mengenai bidang kerja mereka. Jika mereka rasa itu pelaris, ia mungkin kemungkinan. Saya okey sahaja,”  – Shaheizy Sam

Sam kini memang sedang rancak mempromosikan filem terbabit. Penuh optimis dan yakin, Sam juga tidak sabar menantikan detik filem itu ditayangkan kerana baginya ia sebuah filem yang mempunyai rasa dan rupa sebuah filem yang mampu pecah panggung.

sumber: mforum.cari.com.my
sumber: mforum.cari.com.my

Filem Polis Evo juga yang turut dibintangi Zizan Razak, adalah antara karya selektif yang berjaya menambat hati Sam.

“Ia karya selektif yang saya benar-benar pilih sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya memang kurang ambil tawaran berlakon filem kerana sangat selektif. Saya memang kerja kuat dan bersemangat terbabit dalam filem ini. Apa yang saya lalui sepanjang pembikinan filem ini, ia dilahirkan dengan cukup teliti dan bukan sekadar nak siapkan sebuah filem semata-mata.”

“Kalau di Amerika Syarikat, filem sebegini dipanggil sebagai karya pecah panggung maka saya secara peribadi melihat ia mempunyai persamaan. Filem ini mempunyai sokongan daripada pelakon dan tenaga pekerja yang terbaik di Malaysia. Jadi saranan dan nasihat saya, filem ini harus ditonton. Kalau tak tonton memang rugi,”
– Shaheizy Sam

Sumber: Berita Harian

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here