Shaheizy Sam Larang Isterinya Berlakon

0
189
views

syatilla_melvin_shaheizy_sam-kakimuvee

Pelakon yang juga isteri kepada pelakon terkenal Shaheizy Sam, Syatilla Melvin memberitahu dia kini tidak akan menerima sebarang tawaran berlakon kerana dilarang oleh suaminya selepas dia disahkan hamil.

Malah, suaminya turut melarangnya dari membuat sebarang kerja berat kerana mahu dia berehat bagi menjaga kandungan yang baru memasuki tiga bulan.

“Saya hanya mengetahui diri hamil selepas dua minggu tidak datang haid. Pada mulanya, saya cuba untuk tidak terlalu berfikir mengenainya kerana bimbang nanti akan kecewa. Cuma terdetik juga di hati mungkin saya hamil kerana selama ini tidak pernah berdepan masalah kitaran haid.

“Saya gembira apabila ujian kehamilan yang dilakukan sendiri di rumah menunjukkan keputusan positif,” katanya kepada BH Online.

syatilla-melvin

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata suaminya tergamam dan tidak dapat berkata apa-apa apabila berita kehamilan itu disahkan sendiri oleh doktor di hospital.

Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun itu turut memberitahu sejak dirinya hamil, suaminya akan berusaha untuk memenuhi setiap keinginannya biarpun penat atau sibuk dengan urusan kerja.

Syatilla juga meluahkan rasa bersyukurnya apabila dia tidak mengalami alahan teruk sepanjang tiga bulan hamil dan berharap ia akan dipermudahkan sehingga bersalin.

Sementara itu, Syatilla mengakui berat badanya semakin bertambah dan dia semakin mudah penat dan sakit sekiranya terlalu banyak berjalan, namun menganggapnya sebagai perkara normal bagi setiap wanita hamil.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here