Shah Rukh Khan Bintangi Filem Biopik Mengenai Angkasawan Pertama India

0
361
views

Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan bakal muncul dalam filem terbaru yang juga filem biopik pertama beliau yang berjudul Salute tidak lama lagi. Filem ini akan mengangkat kisah angkawasan pertama India yang bernama Rakesh Sharma dan aktor tersebut akan melakonkan watak angkasawan tersebut.

Menurut laporan dari news18.com, pada awalnya, watak utama filem ini ditawarkan kepada Aamir Khan, namun aktor tersebut terpaksa menolaknya dan mencadangkan nama Shah Rukh Khan untuk membawakan watak utama filem ini.

Dijangkakan, Shah Rukh Khan akan memulakan penggambaran filem ini pada september tahun ini selama dua bulan sebelum berhenti seketika bagi mempromosikan filem terbaru lakonan beliau berjudul Zero yang akan ditayangkan pada Krismas ini. Penggambaran kemudiannya akan disambung pada bulan Januari 2019.

Buat masa ini tiada tarikh rasmi tayangan filem Salute, tetapi dijangka ia akan ditayangkan pada tahun 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here