Serina Redzuawan Kini Bergelar Penerbit

0
299
views

serina4

Serina ataupun nama sebenar Serina Datuk Redzuawan, anak kepada Chef Wan kini boleh digelar sebagai penerbit setelah kejayaannya menghasilkan filem terbitan pertama beliau, Gangsterock.

Serina yang suram dari dunia hiburan dan kaca televisyen sejak beberapa tahun kebelakangan ini muncul kembali sebagai penerbit. Menurut Serina, syarikat penerbitan yang diberi nama YKS Film Maker Sdn. Bhd. itu merupakan usaha samanya bersama penerbit yang juga pengarah terkenal, Yusof Kelana

“Saya memang masih baru dalam bidang ini. Bagaimanapun, saya akan buat yang terbaik kerana bidang penerbitan memerlukan usaha dan tanggungjawab besar.

“Walaupun baru sahaja mengembangkan saya dalam bidang ini namun saya baru sahaja menerbitkan sebuah filem sulung yang mengangkat Soffi Jikan sebagai pengarah dalam filem ini,” katanya mengenai filem Gansterock yang telah ditayangkan bermula 17 Julai lalu.

Tambah Serina, ia juga adalah filem pertama yang diterbitkan di bawah syarikat mereka setelah tujuh tahun bertapak dalam industri penerbitan.

“Sebelum ini, kami hanya menerbitkan beberapa drama bersiri di beberapa stesen televisyen dan menerbitkan program masakan.

“Justeru, dengan idea yang menarik yang dibawa sendiri Soffi Jikan, ia berjaya menarik hati kami untuk menerbitkan filem tersebut,” katanya.

Serina juga memberitahu bahawa YKS akan berkongsi keuntungan secara royalti. Ini menjadikan syarikat produksi pertama negara yang memberi royalti kepada para pelakonnya. Menurut beliau, sekiranya filem ini mendapat keuntungan misalnya pecah panggung, setiap artis yang terlibat menjayakan filem ini akan berkongsi royalti.

Dia juga harap filem Gangsterock bukan filem pertama dan terakhir yang akan mereka terbitkan. – sumber: Sinar Harian

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here