Senarai Penuh Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015

0
544
views

anugerah lawak warna 2015

Pelawak Jep Sepahtu mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali ketiga berturut-turut merangkul gelaran Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW2015) yang berlangsung malam tadi.

Selain Jep, Sharifah Sakinah juga turut boleh berbangga apabila sekali lagi merangkul gelaran Artis Lawak Wanita Paling Popular, anugerah yang sama dimenanginya tahun lalu.

Kejayaan Jep turut diiringi dengan kejayaan kumpulannya, Sepahtu yang merangkul anugerah Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular. Peminat Sepahtu sudah pastinya teruja apabila Jep dan Shuib diiringi oleh Mamat, Rahim dan Pak Ya sewaktu tampil ke atas pentas menerima anugerah tersebut.

jep sepahtu
Sementara itu, filem Gila Baby telah mendominasi malam ALW2015 apabila meraih 5 dari 13 kategori terbaik yang dipertandingkan.

Gila Baby terbitan Grand Brilliance telah meraih gelaran Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) menerusi Beto Khusyairi, Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) menerusi Nadiya Nisaa, Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem) menerusi Alfie Palermo dan pengarahnya sendiri iaitu Khabir Bhatia telah dipilih sebagai Pengarah Komedi Terbaik (Filem).

Pelawak Jihan Muse turut pulang dengan senyuman apabila memenangi Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) manakala telemovie lakonannya Jihan Nak Buat Rumah Terbuka meraih anugerah iaitu Telemovie Komedi Terbaik dan pengarah telemovie tersebut iaitu Syed Khairul Farez diiktiraf Pengarah Komedi Terbaik (TV).

NadiyaNisaa

Anugerah Khas Juri bagi malam ALW2015 kali ini telah dianugerahkan pelawak veteran, AR Badul di atas sumbangannya kepada industri komedi tanah air.

Malam kemuncak ALW2015 telah berlangsung dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Hos untuk acara yang mengiktiraf industry komedi tanah air ini ialah Dato’ AC Mizal bersama Sherry Alhadad dan Zulin Aziz. Ianya telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Lawak Warna 2015:

Kategori TerbaikFilem Komedi Terbaik
* Gila Baby – Grand Brilliance
Pengarah Komedi Terbaik (Filem)* Khabir Bhatia – Gila BabyPelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

* Beto Kusyairy – Gila Baby

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

* Nadiya Nisaa – Gila Baby

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem)

* Alfie Palermo & Khabir Bhatia – Gila Baby

Telemovie Komedi Terbaik

* Jihan Nak Buat Rumah Terbuka – KL Motion Pictures

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri

* Karoot Komedia X S3 – Lydia Emalia Ishak (APSB)

Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri

* Super Spontan 2014 (Akhir) – Noradyman Sulaiman (Vision Works)

Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)

* Keluarga Iskandar 2 – KL Motion Pictures

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (TV)

* Mazlan Manan – Cinta Kedua

Pengarah Komedi Terbaik (TV)

* Syed Khairul Farez – Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

* Sharnaaz Ahmad – Suamiku Encik Sotong

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

* Jihan Muse – Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Kategori Popular

Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular

* Sepahtu

Pengacara Lawak TV Paling Popular

* Datuk AC Mizal

Artis Lawak Wanita Paling Popular

* Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular

* Jep Sepahtu

Anugerah Khas Juri* AR Badul

sumber: Astro Awani / mStar Online
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here