Adiwiraku Muncul Sebagai Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke-29

0
18
views

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-29 telah pun melabuhkan tirainya dan pemenang-pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan telah pun diketahui.

Sebanyak 53 buah filem telah dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik dan antara kategori lain yang dipertandingkan adalah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki & Wanita Harapan, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik selain tiga anugerah khas juri, Penggiat Belakang Tabir, Filem Box Office dan Karyawan Sepanjang Zaman.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, festival kali ini membuat sedikit perubahan dengan tidak mengumumkan senarai 5 finalist sehinggalah majlis berlangsung.

Majlis yang penuh gemilang sebentar tadi menyaksikan filem Adiwiraku berjaya meraih anugerah Filem Terbaik FFM29 dengan menewaskan 4 lagi calon iaitu Hanyut, Desolasi, Interchange dan Redha. Filem itu juga turut memenangi anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi Jason Chong dan juga Anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Sangeeta Krisnasamy.

Sumber gambar: Berita Harian

Sementara itu, pengarah Dain Iskandar Said dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Interchange. Filem Interchange juga turut mengondol dua lagi anugerah menerusi kategori Sinematografi Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.

Redha mendominasi pemenang anugerah apabila berjaya memenangi 4 anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Nam Ron, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan dan Pelakon Wanita Harapan manakala filem Hanyut berjaya memenangi kategori Penata Bunyi Terbaik, Busana Terbaik & Pelakon Wanita Pembantu Terbaik.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-29

Filem Terbaik – Adiwiraku

Pengarah Terbaik – Dain Iskandar Said (Interchange)

Pelakon Lelaki Terbaik – Nam Ron (Filem Redha)

Pelakon Wanita Terbaik – Sangeeta Krishnasamy (Filem Adiwiraku)

Anugerah Lakon Layar Terbaik – Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)

Cerita Asal Terbaik – Jason Chong (Filem Adiwiraku)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Interchange)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -Diana Danielle (Filem Hanyut)

Skor Muzik Terbaik – David (Filem You Mean The World To Me)

Pengarah Harapan Terbaik – Tunku Mona Riza (Filem Redha)

Pelakon Lelaki Harapan Terbaik – John Tan (Filem You Mean The World To Me)

Pelakon Wanita Harapan Terbaik – June Lojong (Filem Redha)

Pelakon Kanak Kanak Terbaik – Harith Haziq (Filem Redha)

Penyunting Filem Terbaik – Nizam Shah (Filem J.Revolusi)

Filem Box Office – Abang Long Fadil 2 (Skop Production)

Sinematografi Terbaik – Jordan Cheah (Film Interchange)

Kostum / Busana Terbaik – Akma Suriati Awang (Filem Hanyut)

Penataan Bunyi Terbaik – Daniel (Filem Hanyut)

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Datuk Yusof Haslam

Anugerah Khas Juri

Kesan Khas Visual – Filem Desolasi (Skop Production)

Kesedaran Sosial – Shuttler Life (More Entertainment)

Mengupas isu najid dadah – Filem Pekak (Primeworks Studios, Lightbulb Pictures)

sumber: Finas

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here