Senarai Pelakon Siri Televisyen Terbaru HBO, Watchmen Telah Diumumkan

0
107
views

Senarai nama para pelakon yang bakal membintangi siri televisyen HBO Original Drama Series, Watchmen telah diumumkan semalam.

Antara pelakon-pelakon tersebut adalah Regina King (HBO’s “The Leftovers”, “Jerry Maguire”), Don Johnson (“Miami Vice”, “The Other Woman”), Tim Blake Nelson (“Lincoln”, “Billy Lynn’s Long Halftime Walk”), Louis Gossett Jr. (HBO’s “Boardwalk Empire”, “An Officer and a Gentleman”), Adelaide Clemens (HBO’s “Parade’s End”, “The Great Gatsby”) and Andrew Howard (“The Brave”, “Taken 3”).

Siri televisyen Watchmen diadaptasikan dari siri komik Watchmen yang diterbitkan DC Comic sekitar tahun 1986-1987. Ia mengisahjan tentang sekumpulan adiwira yang dilayan seperti penjenayah oleh kerajaan.

Senarai pelakon, (Dari kiri): Regina King, Don Johnson, Tim Blake Nelson, Louis Gossett Jr., Adelaide Clemens and Andrew Howard

Damon Lindelhof, Nicole Kassell dan Tom Spezialy akan menjadi penerbit eksekutif siri televisyen dengan Nicole Kassell akan menjadi pengarah untuk pilot episod.

Nantikan siri televisyen Watchmen yang akan bersiaran di saluran HBO tidak lama lagi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here