Selepas Pengabdi Setan, Ayu Laksmi Akan Muncul Dalam Filem berkaitan ‘Supernatural”

0
400
views
Sumber gambar: beritagar.id

Selepas memberikan ‘wajah’ yang menyeramkan kepada penonton dalam filem seram Pengabdi Setan arahan Joko Anwar, aktresnya Ayu Laksmi mendedahkan yang beliau bakal muncul dalam sebuah lagi filem yang bertemakan ‘supernatural’

Menurutnya lagi filem tersebut bukanlah sebuah filem seram sebaliknya berkaitan dengan ilmu kebatinan.

“Wataknya cukup mencabar tetapi ia bukan filem seram. Filem ini ada kaitan dengan ‘supernatural’, kebatinan dan pengarah yang berbeza,”

Bercerita lanjut mengenai filem terbarunya itu, Ayu mengakui bahawa dunia kebatinan dekat dengan dirinya berikutan dia sememangnya seorang penggemar muzik bergenre kebatinan.

Ini dibuktikan menerusi lagu-lagunya yang diinspirasikan dari pelbagai ajaran atau kepercayaan mistik.

“Sebenarnya yang seram itu memang muzik saya, kalau filem barulah “Pengabdi Setan”,” jelasnya. 

Bagaimanapun pelakon tersebut tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran filem terbarunya itu kerana ia masih lagi di peringkat awal.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here