Selepas 11 Hari Tayangan, Polis Evo Berjaya Kutip RM8 juta

0
237
views

polis evo sam

Filem aksi, Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar berjaya mencatat kutipan RM8 juta selepas 11 hari tayangan. Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata, kutipan itu membabitkan 101 pawagam seluruh negara termasuk Brunei.

“Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas dalam carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini.

“Bukan mudah untuk menjangka situasi industri perfileman tempatan dan berterima kasih kepada peminat yang memberi kepercayaan kepada Polis Evo,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Beliau berharap, fenomena yang dicetuskan oleh Polis Evo mampu menyuntik semangat baharu dalam dunia filem tempatan. Polis Evo yang mula ditayangkan pada 17 September lalu dilakonkan oleh Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014, Shaheizy Sam dan artis komedi terkenal, Zizan Razak.

Filem yang ditulis oleh Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini mengisahkan dua anggota polis dengan personaliti berbeza perlu berganding bahu dalam menyelesaikan kes pengedaran dadah di Terengganu.

sumber: Berita Harian

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here