Selena Fathuddin, Nama Anak Ke-2 Liyana Jasmay

0
263
views

Liyana Jasmay Mengandung

Liyana Jasmay memilih nama Selena Fathuddin untuk anak perempuan keduanya yang dilahirkan pada 22 Januari lalu.
Pelakon wanita itu mengumumkan nama berkenaan di Instagram miliknya, seperti dijanjikan sebelum ini.

Liyana juga berkongsi gambar cahaya mata keduanya buat kali pertama bersama-sama pengumuman terbabit, hari ini. Selena dilahirkan Jumaat lalu di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Liyana Jasmay turut berkongsi gambar anak ke-2 nya di Instagram
Liyana Jasmay turut berkongsi gambar anak ke-2 nya di Instagram

Anak kedua Liyana itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.92 kilogram. Anak pertamanya, Sofia Arissa, kini berusia 18 bulan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan anak. Tak lupa rakan, teman media dan peminat tersayang. Kehadiran Selena pastinya menambah keceriaan hidup saya dan suami. “Sofia dan Selena menyerikan hidup saya. Semoga mereka akan menjadi anak yang baik dan solehah,” – Liyana.

Liyana dan Fathuddin berkahwin pada Februari 2013.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here