Selebriti-Selebriti Yang Muncul Dalam Star Wars: The Last Jedi Sebagai Cameo

0
590
views

Trilogi terbaru Star Wars ini bukan sahaja memperkenalkan banyak watak-watak baru dalam Star Wars Saga, malah turut memberi peluang kepada selebriti-selebriti yang meminati Star Wars untuk bersama-sama berlakon dengan membawakan watak cameo dalam filem Star Wars.

Dalam The Force Awakens, beberapa pelakon telah muncul dalam filem berkenaan sebagai watak cameo. Antaranya Simon Pegg dan Daniel Craig.

Simon Pegg yang juga rakan baik kepada pengarah The Force Awakens, J.J. Abrams, telah membawakan watak Unkar Plutt, pembeli barang lusuh di Planet Jakku, manakala Daniel Craig membawakan watak Stormtrooper yang telah di’pukau’ oleh Rey dalam The Force Awakens.

Star Wars: The Last Jedi juga telah memberi peluang kepada beberapa selebriti untuk berlakon dalam filem ini. Terdapat kerabat diraja, penyanyi dan juga pelakon yang diminati Rian Johnson turut bersama-sama berlakon dalam The Last Jedi. Siapakah selebriti tersebut? mari kita lihat senarainya dibawah:

Joseph Gordon-Levitt

Pelakon Joseph Gordon-Levitt mempunyai hubungan yang cukup baik dengan pengarah Rian Johnson. Beliau pernah berlakon dalam filem-filem arahan pengarah tersebut iaitu Brick dan Looper, dan muncul sebaga watak comeo dalam filem The Brothers Bloom arahan Johnson. Gordon-Levitt disahkan membawa watak ‘Alien’ (spesis Abednedo ) yang bernama Slowen-Lo, penduduk bandar Canto Bight – tempat yang dituju oleh Finn dan Ross untuk mencari DJ, hackers komputer.

Putera William dan Putera Harry

Pewaris monarki British ini juga tidak ketinggalan muncul sebagai salah pelakon cameo dalam filem Star Wars. Mereka berdua membawakan watak Stormtroopers dan pekara tersebut disahkan oleh John Boyega. Bagaimanapun, babak melibatkan kedua-dua putera ini telah dipotong – juga disahkan oleh John Boyega

Tom Hardy

Tom Hardy juga muncul sebagai watak Stormtrooper First Order. John Boyega juga mengesahkan Tom berlakon bersama-sama Putera William dan Harry dalam babak yang sama. Jika benar, bermakna babak Tom Hardy sebagai Stormtrooper juga telah dipotong oleh pengarah.

Gary Barlow

Gary Barlow, vokalis kumpulan That Take dan juga juri untuk rancangan The X-Factor (UK) turut bersama-sama Tom Hardy, dan putera Britain berlakon sebagai Stormtrooper dalam filem The Last Jedi. Bagaimanapun babak melibatkannya mungkin turut dipotong oleh pengarah kerana dia berlakon dalam babak yang sama dengan ketiga-tiga selebriti itu.

Noah Segan

Pelakon filem Brick dan Looper ini berlakon sebagai juruterbang The Resistance yang sedang bersiap sedia untuk berperang dalam filem The Last Jedi. Adakah anda dapat mengenalpasti babak manakah lakonan pelakon ini?

Sumber: Screenrant.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here