Selebriti Bollywood Sertai Kempen #PadManChallenge

0
49
views

Filem terbaru Bollywood yang diinspirasikan dari kisah benar, Pad Man benar-benar memberi kepada dunia perfileman Bollywood apabila sebuah kempen #PadmanChallenge diperkenalkan bagi memberitahu rakyat negara itu haid bukan sesuatu yang menjijikkan

Kempen yang telah bermula pada minggu lepas ini bukan sahaja mendapat perhatian rakyat, malah beberapa selebriti Bollywood seperti  Aamir Khan, Katrina Kaif dan Jacqueline Fernandez turut bersama-sama menyertai kempen tersebut dengan memuatnaik gambar-gambar dilaman sosial mereka sambil memegang tuala wanita.

#PadmanChallenge dimulakan Arunachalam yang menghantar tag kepada Akshay Kumar pelakon utama filem ini dan isterinya Twinkle Khanna yang bertindak selaku penerbit.

Cabaran itu kemudiannya dipanjangkan kepada Aamir Khan dan Shabana Azmi dan kini menjadi sambutan hangat bukan hanya oleh personaliti hiburan malah juga bintang sukan. Bukan hanya untuk mempromosi filem itu, #PadmanChallenge bertujuan mengubah stigma mengenai haid.

Best Wishes #Padman @akshaykumar

A post shared by Jackie Shroff (@apnabhidu) on

Filem Pad Man diarahkan oleh R Balki, ia mengisahkan Arunachalam yang mencipta mesin membuat tuala wanita kos murah di kampungnya bagi memastikan darah haid dibuang dengan cara bersih dan sewajarnya.

Dia mendapat ilham itu selepas mendapati wanita di kampungnya tidak mampu membeli tuala wanita yang mahalk sehingga terpaksa menggunakan kain biasa dan daun.

Meskipun terpaksa membayar harga mahal kerana ditingalkan isterinya usaha Arunachalam dikitiraf pada 2014 apabila dinamakan sebagai salah seorang individu paling berpengaruh oleh majalah Time.

Pad Man kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tanah air.

Sumber: Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here