Sekuel World War Z Bakal Memulakan Penggambaran Tahun Hadapan

0
6
views

Walaupun filem World War Z menerima kejayaan luar biasa di seluruh dunia, penghasilkan filem sekuel dianggap bermasalah sehingga beberapa kali tertangguh. Namun kini, penerbitnya Dede Gadener dan Jeremy Kleiner memberikan berita gembira kepada peminat filem zombi itu.

Menurut mereka, sekuel World War Z dijangka akan memulakan pengambarannya pada Jun tahun hadapan dan akan diarahkan pengarah filem Fight Club, David Fincher. Selain itu, mereka turut mengesahkan Brad Pitt akan kembali membawakan watak Gerry Lane.

World War Z 2 kini dalam proses menghasilkan skrip yang ditulis oleh penulis siri televisyen Utopia, Dennis Kelly.

Filem pertama World War Z dihasilkan dengan modal sebanyak $190 juta dolar. Walaupun mengalami pelbagai masalah termasuklah pertukaran penulis skrip dan tarik tayangan, ia masi mampu mencipta kejayaan apabila meraih $540 juta dolar selepas ia ditayangkan pada 2013.

Setakat ini, tiada tarikh tayangan rasmi diumumkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here