Sekuel Pengabdi Setan Akan Dihasilkan, Bront Palarae Bakal Kembali Membintangi

0
498
views

Filem seram terlaris di Indonesia yang diarahkan oleh sutradara Joko Anwar, Pengabdi Setan bakal dihasilkan filem kedua tidak lama lagi. Pekara tersebut didedahkan sendiri oleh salah seorang pelakonnya, Bront Palarae semasa ditemubual oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

Namun menurut aktot tersebut, maklumat lanjut filem seram berkenaan masih tidak dapat didedahkan kerana ia masih diperingkat perancangan dan akan diumumkan kelak.

Bront yang membintangi filem berkenaan dengan membawa watak Bapak merupakan filem yang dihasilkan semua dari filem asal yang berjudul sama keluaran tahun 1980. Filem remake’ itu mengisahkan sebuah keluarga yang diganggu oleh entiti ibu mereka, Marwani Suwono yang baru meninggal dunia. Entiti tersebut menganggu keluarga tersebut dan mahu mengambil anak bongsu pasangan Bapak dan Marwani, iaitu Ian.

Pengabdi Setan merupakan filem seram yang mendapat jumlah penonton teramai di Indonesia iaitu sebanyak 4.1 juta manakala tayangannya di Malaysia telah berjaya mengaut lebih RM4.8 juta selepas tayangannya pada 23 November yang lalu.

Filem sekuel berkenaan bakal menampilkan watak antagonis utama dalam filem asal iaitu Darminah selepas watak tersebut ditunjukkan dalam penamat filem pertama Pengabdi Setan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here