Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sekuel Lucy Bakal Dihasilkan Tidak Lama Lagi


Siapa sangka selepas Lucy bertukar menjadi sebuah “thumbdrive”, bakal ada sambungannya selepas itu. EuropaCorp, yang sering menghasilkan filem-filem sains fiksyen thriller seperti The Fifth Element, The Profesional & Lucy bakal menghasilkan sekuel filem Lucy tidak lama lagi.

Sekuel Filem yang dibintangi aktor filem-filem superhero Marvel, Scarlett Johansson kini dikatakan dalam proses pembangunan dengan Luc Besson sedang menulis skrip untuk filem tersebut. Setakat ini maklumat lanjut mengenai filem kedua itu masih lagi tidak diketahui, tetapi dijangka pelakon utamanya, Scarlett akan kembali membintangi filem sains fiksyen thriller itu.

Lucy yang ditayangkan pada tahun 2014 telah berjaya mengutip $463.4 juta dolar seluruh dunia, satu keuntungan besar buat studio berkenaan yang menghasilkan filem itu dengan budget hanya $30 juta dolar sahaja. Filem itu juga ditulis serta diarahkan oleh Luc Besson dan telah mendapat review yang boleh dianggap OK dari pengkritik filem dimana laman web Rottentomatoes memberi rating sebanyak 67% manakala iMDB sebanyak 6.4/10.

Filem pertama mengisahkan Lucy yang terperangkap dengan sindiket dadah antarabangsa apabila dia dijadikan keldai untuk menyeludup dadah sintetik terbaru yang dicipta oleh kartel dadah Korea. Bagaimanapun bungkusan dadah yang diletakkan dalam badan Lucy telah pecah dan menyebabkan dadah tersebut meresapi badannya. Walaubagaimanapun, kesan dadah tersebut telah memberi rangsangan kepada otak dan badan Lucy sehingga menjadi manusia yang begitu luar biasa dan menjangkaui pemikiran logik manusia.

Selain Scarlett, pemenang anugerah Akedemi, Morgan Freeman juga turut membintangi filem pertama itu.


Setakat ini tarikh tayangan belum diumumkan oleh pihak studio, segala perkembangan lanjut mengenai filem ini akan kami bawakan dari semasa ke semasa,


Related posts

Poster karakter ‘Asteroid City’ Papar Barisan Pelakon Hebat Filem Terbaru Wes Anderson

Kakimuvee

Siri TV LUCY Sedang Dibangunkan, Morgan Freeman Kembali Mengulangi Peranan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Chris Evans & Scarlett Johansson Bintangi Filem “Project Artemis”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee