Sekuel J Revolusi Bakal Dihasilkan

0
456
views

Selepas kejayaan meraih filem pertama J Revolusi, sekuel kedua filem berkenaan bakal dihasilkan tidak lama lagi. Diberi judul J Retribusi, filem tersebut buat masa ini masih dalam peringkat perancangan.

Setakat ini, hanya pelakon utamanya Zul Ariffin akan kembali membawakan watak utamanya iaitu Jay Zulkarnain, manakala beberapa pelakon seperti Fazura, Iedil Putra dan Azad Jasmin tidak dipastikan akan kembali membawakan watak mereka dalam filem kali ini.

Filem J Revolusi yang ditayangkan pada tahun 2017 berjaya mengutip RM7.1 juta selepas ditayangkan selama 42 hari dipawagam tempatan.

Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, J Revolusi mengisahkan Jay yang diperangkap dan dituduh bersekongkol dengan penganas. Hanya satu cara untuk dia dibebas daripada tuduhan tersebut dengan memburu penjahat tersebut dan dalam masa yang sama perlu menyelamatkan orang yang tersayang.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai sekuel filem terbaru ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here