Sekuel The Accidental Detective 2 Bakal Menemui Penonton Tahun Ini.

0
51
views

Sekuel filem hit The Accidental Detective yang diterbitkan pada tahun 2015 bakal menemui penonton tidak lama lagi. Filem yang berjudul The Accidental Detective 2 ini diarahkan oleh pengarah filem Missing iaitu Lee Eon-Hee, manakala Cree Pictures bertindak selaku penerbit dan akan diedarkan oleh syarikat CJ Entertainment.

The Accidental Detective 2 menampilkan pelakon-pelakon seperti  Kwon Sang-woo, Sung Dong-il, Lee Kwang-soo, Seo Young-hee, Lee Il-hwa, Nam Myung-ryul, Son Dam-bi, Choi Sung-won, and Kim Dong-wook.

Filem bergenre aksi komedi ini setakat ini masih belum mendedahkan tarikh tayangan rasmi, tetapi dijangka akan mula ditayangkan pada tahun ini.

The Accidental Detective yang diarahkan oleh KIM Joung-hoon telah menjadi hit di Korea Selatan selepas diterbitkan pada bulan September 2015. dan filem ini juga telah ditonton lebih 2.63 juta penonton dengan kutipan sebanyak USD18.37 juta.

The Accidental Detective mengisahkan Kang Dae Man yang merupakan seorang penjual buku telah membuka agensi penyiasatan persendirian tanpa pengentahuan isterinya. Beliau telah bekerjasama dengan Noh Tae Soo, bekas detektif dan juga Yeo chi yang menjalankan agensi penyiasatan persendirian cyber.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here