Sedikit info tentang Train To Busan 2

0
788
views

Kredit : sindulin.web.id

Filem zombi korea yang di arahkan oleh Yeon Sang Ho, Train to Busan berjaya mengumpulkan lebih dari 11.5 juta penonton ketika ditayangkan pada tahun lepas, filem bertema ‘Zombie Apocalypse’ yang berdurasi selama 118 minit ini ditayangkan di banyak negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, dan menjadi fenomena.

Melihat kepada kejayaan filem tersebut yang sukses, tentu tidak menghairankan apabila pihak produksi studio berniat untuk membuat sekuelnya.

Train To Busan 2 dalam perancangan.

Train To Busan 2 memang pasti akan dibuat. Khabar tersebut pertama kali diberitahu oleh Gong Yoo (Seok-woo) melalui akaun Twitter peribadinya. Menurut Gong Yoo, sekuel Train To Busan ini memang akan disambung tetapi watak beliau tidak akan kembali untuk sekuel ini. Seok-woo kan kena gigit zombi dekat atas keretapi tu dan beliau lompat dari keretapi tu dianggap sudah mati.

Jalan cerita Train To Busan 2

Tetapi terdapat teori dan khabar angin yang tersebar yang mengatakan watak Gong Yoo akan ada dalam sekuel Train To Busan ini, watak Ma Deong-seok (Sang-hwa) pun turut serta akan ada, tetapi dalam perspektif mereka sebagai zombi. Yelah kan, dalam Train To Busan diorang ni dah kena gigit zomba, dan mungkin ada penawar yang akan menormalkan mereka kembali menjadi manusia.

Ada juga teori yang lain mengatakan yang plot Train To Busan 2 ini akan mengambil setting berapa tahun setelah peristiwa Train To Busan 1, dan akan fokus kepada Soo-an (anak Gong Yoo) yang sudah meningkat dewasa dan bagaimana manusia yang tinggal mencari penawar untuk wabak zombi yang menyerang.

Filem Train To Busan akan di ‘remake’ oleh Hollywood.

Dikhabarkan produksi Hollywood, Gaumont sudah menandatangani kontrak untuk membuat Train To Busan versi Hollywood.

Watak utama Train To Busan 2, sama ada Lee Min Ho atau Song Joong Ki

Kita tunggu berita selanjutnya tentang sekuel Train To Busan ini. Segala info dan perkembangan tentang sekuel ini akan diberitahu kelak.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here