Sebuah Filem Misteri X-Men Sedang Dirancang Fox

0
395
views

Studio Twentieth Century Fox telah mengambil penulis komik,  Brian Michael Bendis untuk menulis lakonlayar sebuah filem misteri X-Men yang di beri nama 143. Bekas pengarah filem pertama Deadpool, Tim Miller pula dipertanggungjawabkan untuk mengarahkan filem tersebut.

Menurut laporan Deadline, filem 143 akan berada dalam ‘universe’ X-Men manakala laporan dari The Hollywood Reporter mendedahkan, tajuk 143 merujuk kepada siri komik X-Men, Uncanny X-Men No. 143, siri komik yang menampilkan karakter Katty Pryde diawal kemunculan karakter tersebut dalam universe X-Men.

Brian Michael Bendis dikenali mencipta watak Miles Morales dalam siri komik “Ultimate Spider-Man” dan juga mencipta watak Jessica Jones yang kini siri televisyennya sudah memasuki musim kedua di siaran Marvel/Netflix.

Tim Miller merupakan individu penting yang menaikkan filem Deadpool apabila filem arahannya itu telah berjaya mengutip $783 juta, satu pencapaian yang cukup tinggi buat filem yang dikelaskan sebagai ‘R-Rated’. Beliau juga bakal mengarah filem terbaru Terminator 6 dan merupakan pengarah kedua untuk filem Thor: The Dark World.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here