Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Scarface Reboot: Diego Luna Akan Membawa Watak Utama


Diego Luna

Pihak Universal Pictures telah merancang untuk menghasilkan filem remake Scarface yang pernah popular pada era 1980an. Ini merupakan kali ketiga watak Tony Montana dibawa ke layar perak selepas pertama kali diperkenalkan dalam filem Scarface pada tahun 1932 dan tahun 1983 dimana Al Pacino membawa watak gangster popular itu.

Laman Variety melaporkan, aktor filem Rogue One: A Star Wars Story, Diego Luna secara rasmi dikatakan akan menjadi pelakon utama manakala penulis skrip Boardwarlk Empire dan Wolf of Wall Street, Terence Winter dilaporkan akan menjadi penulis skrip untuk filem remake Scarface ini bersama-sama David Ayer dan Paul Anttanasio.

Al Pacino – Tony Montana (Scarface 1983)

Universal juga dilapor akan memulakan pengambaran filem pada musim luruh akan datang. Kerusi pengarah filem pula buat masa sekarang masih belum diisi selepas Antoine Fuqua meninggalkan projek ini beberapa bulan yang lalu.

Pemilihan Diego Luna sebagai pelakon utama dilihat sangat sesuai oleh pihak studio memandangkan mereka sememangnya mencari aktor yang berasal dari Mexico. Selain itu,aktor tersebut mempunyai gaya dan style yang dikehendaki oleh pihak Universal yang membolehkanya mendapat watak utama untuk filem remake ini.

Filem Scarface tahun 1983 paling diingati oleh peminat-peminat filem gangster memandangkan Al Pacino berjaya membawa watak Tony Montana yang cukup dikenali sehinggakini. Penghasilan filem remake ini pasti dibayangi kehebatan Al Pacino namun kami percaya Diego Luna mampu memberikan yang terbaik untuk filem akan datang



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran Star Wars: Andor Dedah Pandangan Pertama Diego Luna

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd