Sazzy Falak Kembali Membawakan Watak Shasha Dalam Sekuel Gol & Gincu

0
39
views
Sumber Gambar: zalora.com.ph

Pelakon dan pengacara Sazzy Falak mendedahkan bahawa dia masih lagi terlibat dalam dunia lakonan tetapi kini bersikap selektif terhadap tawaran berlakon yang diterimanya.

Menurut Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, dia mencari naskhah yang mampu memberikan kepuasan lakonan kepadanya berbanding jumlah bayaran yang diterima.

“Kerjaya lakonan saya bermula di pentas teater. Minat itu sudah bercambah sejak usia muda, membuatkan saya sentiasa berusaha mencabar kemampuan diri.

“Saya kini berlakon bukan semata-mata kerana bayaran, sebaliknya lebih kepada kepuasan diri. Saya juga akan pastikan, karya yang dilakonkan mempunyai mesej untuk disampaikan kepada penonton,” 

Terbaru, pelakon berusia 38 tahun ini akui teruja untuk kembali menghidupkan watak Shasha semula dalam filem sekuel Gol & Gincu kerana naskhah tersebut meninggalkan nostalgia tersendiri dalam kerjaya seninya.

Sazzy berkata apabila dia mendapat tawaran berlakon untuk filem sekuel itu dia tidak ambil masa lama untuk bersetuju terlibat dalam filem ini.

Dalam filem terbaru ini akan menyaksikan sisi berbeza Shasha berbanding karakter terdahulu yang mana agak nakal. Filem arahan Umi Salwana Omar sudah pun selesai menjalani penggambaran pada Februari lalu.

Selain Sazzy, filem terbitan Redcom Films ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera, Aedy Ashraf dan Syafiq Kyle.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here