Sangeetha Krishnasamy Bintangi Filem Kollywood

0
6
views

Pelakon filem Adiwiraku, Sangeetha Krishnasamy bakal muncul dalam filem Kollywood pada penghujung tahun ini.

Menurut laporan dari portal BH Online, pelakon tersebut akan terbang ke Chennai untuk menjalani pengembaran filem tersebut yang memakan masa selama sebulan.

“Memang jadual saya agak padat akhir tahun ini kerana bakal menjayakan sebuah filem Tamil di Chennai. Berdasarkan perbincangan awal, saya dimaklumkan penggambaran akan berlangsung sekitar sebulan. 

“Ketika ini, saya selesaikan dulu beberapa komitmen di sini. Saya dipanggil untuk mempertimbangkan tawaran yang memerlukan saya terbang ke India disebabkan watak dan naskhah yang menarik”

Ini merupakan filem Kollywood ketiga pelakon tersebut selepas muncul dalam filem Goa dan Zha The Movie.

Sangeetha Krishnasamy mula terkenal selepas meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29) menerusi filem Adiwiraku arahan Eric Ong dan bakal muncul dalam filem barunya berjudul Proksi yang akan ditayangkan tahun hadapan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here