Saksikan Trailer Escape Plan 2: Hades

0
157
views

Selepas 5 tahun menunggu, akhirnya kita bakal saksikan sambungan filem Escape Plan (2013) yang berjudul Escape Plan 2: Hades. Sementara menunggu filem aksi ini ditayangkan dipawagam, kita saksikan trailer pertama yang dikeluarkan oleh studio Lionsgate. Anda boleh tontonnya di pemain video dibawah.

Setahun selepas berjaya melepaskan diri dari penjara The Tomb, Ray Breslin (Sylvester Stallone) telah menubuhkan pasukah khas keselamatan yang mahir dalam selok belok penjara berkeselamatan tinggi. Suatu hari, salah seorang anggotanya, iaitu Shu Ren telah diculik dan dihantar ke sebuah penjara yang digelar Hades, penjara yang paling sukar untuk ditembusi. Breslin telah mengumpul ahli kumpulannya termasuk Trent DeRosa (Dave Bautista) untuk melakukan operasi menyelamat dan keluar dari penjara tersebut.

Escape Plan 2: Hades diarahkan oleh Steven C. Miller dan penulis asal, Miles Chapman kembali menjadi penulis skrip untuk filem kedua ini.

Selain Sylvester Stallone dan Dave Bautista, Escape Plan 2: Hades turut dibintangi Huang Xiaoming, Jaime King, Jesse Metcalfe, Wes Chatham, Lydia Hull, with Titus Welliver, dan Curtis Jackson.

Bagi pengemar filem-filem aksi, jangan lupa saksikan Escape Plan 2: Hades dipawagam pada 29 Jun 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here