Saksikan Siri Animasi Marvel’s Spider-Man Dan Anda Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Dari Kami

0
6
views

Berita baik buat para pembaca Blog Kakimuvee serta para ‘followers’ Facebook page Kakimuvee. Sempena tayangan rancangan siri animasi terbaru Marvel’s Spider-Man di saluran Astro 617 (DISNEY XD), Kami disini ingin memberikan beberapa hadiah istimewa buat anda semua menerusi peraduan yang cukup mudah dan ‘kacang’. Apa yang perlu anda lakukan adalah hanya baca artikel dibawa, jawab dua soalah mudah dan hantarkan butiran anda berserta jawapan dan slogan ke email kakimuveeblog@gmail.com

Terima kasih kepada penaja kamu yang sudi menaja hadiah-hadiah menarik ini.

Sinopsis:

Siri animasi Marvel’s Spider-Man terbaru ini menceritakan kehidupan Peter Parker semasa berusia 15 tahun. Ia memberi fokus kepada persona Peter yang cuba mengimbangi kehidupannya sebagai seorang remaja biasa serta sebagai superhero yang membanteras penjahat di kota New York. Beliau cuba membahagikan masanya bersama keluarga, rakan-rakannya serta kehidupannya sebagai remaja dan juga cuba menyembunyikan identitinya sebagai Spider-Man dari semua pihak termasuklah rakan baiknya, Harry Osborn.

Selain terpaksa berhadapan dengan penjahat-penjahat seperti  Kraven, Doc Ock dan Vulture, beliau juga cuba menyelamatkan Harry dari terjerumus kearah

Apa yang menariknya dalam siri animasi ini, ia turut memperkenalkan “team Spider-Man” yang terdiri daripada Gwen Stacy aka Spider-Gwen , Anya Corazon aka Spider-Girl dan Miles Morales aka Kid Arachnid. Mereka ini akan bersama-sama Peter Parker dalam membanteras penjahat-penjahat yang membuat onar di kota New York

Marvel’s Spider-Man akan ke udara pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 1PM dan 8PM di saluran Disney XD (Astro CH 617) dan juga boleh didapati di Astro On Demand

Soalan Pertama:

Apakah hari, masa serta saluran Astro manakah siri animasi Marvel’s Spider-Man ke udara?

Soalan kedua: 

Apakah nama alter-ego Miles Morales dalam siri animasi Marvel’s Spider-Man?

Lengkap slogan dibawah dengan ayat menarik dari anda.

Spider-Man adalah superhero saya kerana ………………………….. (tidak lebih 40 patah perkataan)

Sila berikan jawapan yang tepat berserta slogan yang menarik dan sertakan butiran anda seperti dibawah.

Nama:

Alamat:

No. Telefon:

Email:

dan hantar ke kakimuveeblog@gmail.com (sila letakkan Subjek – Peraduan Marvel’s Spiderman). Hanya lima pemenang akan menerima hadiah menarik lagi eksklusif dari kami yang berupa Beg Pack Spidey, notebooks,  Spidey water bottles, notepads, Spidey soft toy dan Spidey tsums

Cepat berikan jawapan anda kepada kami kerana peraduan mudah ini akan ditutup pada 17 November 2017.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here