Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Saksikan Pertembungan Terakhir R U Tough Enough? Di Sunway Pyramid Pada 26 November Ini


KIX HD’s ‘R U Tough Enough?’ 2017 finalists: (dari kiri) Mohd Shazwan, Michael Chen, Jonathan Anthony Lourdes, Vincent Mallang, Poo Mei Chin, Irfan Rizqin, Ow Ruey Shyan, Nur Izzati, Lua Yuan Hao and Che Wan Safuan

Pertarungan terhebat bakal berlangsung pada 26 November ini apabila 10 individu akan membuktikan saiz bukanlah penghalang tetapi ketahanan mental dan emosi akan menjadi penentu kejuaraan.

Dari seluruh Malaysia, setelah menghadapi ujian yang benar-benar menguji kecekapan, kekuatan dan keazamannya, dan mereka kini hanya memerlukan sedikit lagi usaha pada peringkat seterusnya untuk memenangi R U Tough Enough?: The Ultimate Edition dan seterusnya merangkul gelaran Malaysia’s Toughest serta memenangi hadiah wang tunai sehingga RM30,000.

R U Tough Enough?: The Ultimate Edition akan di host kan oleh duta, bekas juara mixed martial arts antarabangsa (MMA), aktor dan juga model Peter Davis. Pertembungan terakhir R U Tough Enough? ini akan berlangsung pada 26 November (Ahad) ini bertempat di Sunway Pyramid (Orange Concourse, LG2).

Pertembungan tersebut akan menyaksikan 10 finalis akan berentap sesama sendiri bagi merebut gelaran juara 2017 sebelum memasuki pusingan bonus dimana juara akan bertarung dengan tiga bekas juara R U Tough Enough? Kejayaan menumpaskan bekas-bekas juara itu akan memberikan gelaran Ultimate Winner of R U Tough Enough. 

R U Tough Enough? ditaja oleh Fisherman’s Friend, official performance partner Berocca, dan official fitness partner Celebrity Fitness Malaysia bersama-sama official partner Astro, venue partner Sunway Pyramid dan media partner Rojak Daily.


Jangan lupa, datang beramai-ramai ke Sunway Pyramid pada 26 Oktober ini untuk saksikan individu manakah yang paling hebat di Malaysia.


Related posts

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Nikmati Tayangan Perdana Program Terhebat Korea Di Astro Pada Ogos Ini

Kakimuvee

Calming Signals: Woof & Meow, KPOP Generation Antara Program Korea Terhangat Di Astro Pada Julai Ini

Kakimuvee