Saksikan Pahlawan Wakanda Dalam Video Terbaru Yang Dikeluarkan Oleh Marvel

0
78
views

Marvel Studio melancarkan dua video filem Black Panther yang menampilkan temubual diantara para pelakon yang menerangkan tentang karakter mereka dan sedikit gambaran tentang perjalanan cerita filem Black Panther. Anda boleh tonton kedua-dua video terbaru dibawah.

Selepas event Captain America: Civil War, T’Challa kembali ke negaranya yang terasing tetapi cukup maju berbanding bandar-bandar diseluruh dunia. Keupayaan T’Challa sebagai raja baru Wakanda tercabar apabila terlibat dalam konflik dengan musuhnya. Nasib Wakanda dan dunia kini bergantung pada T’Challa sebagai raja Wakanda dan Black Panther dan beliau perlu berkerjasama dengan sekutunya untuk menghapuskan musuhnya dan menyelamatkan Wakanda.

Filem terbaru Marvel ini diarahkan oleh Ryan Coogler dan diterbitkan oleh  Kevin Feige bersama-sama Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Nate Moore, Jeffrey Chernov manakala Stan Lee bertindak selaku penerbit eksekutif.

Selain Chadwick Boseman yang akan membawa watak T’Challa aka Black Panther, filem ini turut dibintangi oleh Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker serta Andy Serkis.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here